CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

CintaHatiMamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, September 4, 2011

:: Hadiah Ramadhan & anniversary yg ke 5 ::

Assalamualaikum & Salam Lebaran buat semua... semoga Aidilfitri kali ini memberi 1001 kenangan & kemenangan utk kita, dan semoga kita terus dipanjangkan usia untuk menjadi tetamu Ramadhan akan datang..InsyaAllah...



2 SEPTEMBER 2011

Genaplah 5 tahun usia perkahwinan baba&mama ... cepatnya masa berlalu... Ishraqi pun sudah mencecah 1 tahun 4 bulan & Ishraqi sentiasa mendoakan kesejahteraan mamababa.. semoga keluarga kita terus diberi rahmah & kasih sayang yang berpanjangan & berkekalan dari Yang Maha Penyayang ... dan moga terus kekal hingga ke syurga..aminn..



Mamababa tentu masih ingat kenangan & hadiah serta nikmat yang paling terindah & berharga ketika sambutan ulangtahun perkahwinan yang ke 3 (02092009) dulu kan... esoknya, 03092009 mama disahkan hamil 5minggu setelah 3 tahun menunggu .. MasyaAllah Subhanallah hanya Dia yang tahu betapa gembiranya mamababa saat itu apabila hadirnya Ishraqi di dalam rahim mama kan..



2 tahun kemudian .... 2011



Sambutan ulangtahun yang ke 5 ni mengingatkan kembali mamababa pada kenangan lalu .. betapa Allah itu Maha Kaya & Maha Mendengar setiap doa & permintaan hambanya...

Sekali lagi mamababa dianugerahkan nikmat & hadiah yang sangat berharga sempena ulangtahun yang ke 5 ini seperti 2 tahun lepas...



Allahuakbar!!! MasyaAllah tiada kata yang dapat mamababa lafazkan kecuali Alhamdulillah dan syukur atas kurnianNya...Semoga dengan kurniaan nikmat ini akan lebih mendekatkan mamababa serta Ishraqi dengan Yang Maha Perkasa... apa2pun masih terlalu awal & harapan tetap sama, semoga "adik" Ishraqi membesar dengan sihat, sempurna & selamat hingga akhirnya ..



"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam".



"Ya Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang... ampunkanlah segala dosa2 kami selama mana hayat kami ini Ya Rabb..

Ya Allah Yang Maha Kaya... Syukur yang tidak terhingga atas setiap nikmatMu untuk kami kecapinya siang & malam.. walaupun kadangkala kami ini sentiasa lalai denganMu..Engkau tetap menganugerahkan segala nikmat buat kami ya Allah...

Ya Allah Yang Maha Agung , Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu Kau peliharalah setiap nikmat yang Engkau berikan kepada kami ini.. Lindungilah kami & jauhilah kami dari azab api neraka"