CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

CintaHatiMamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 5, 2012

:: 2 minggu di Naka, Seminggu di Jitra ::

Selamat petang semua...

Sementara kekanak berdua tu tido, mama plak tak dak keja nak buat..
mengadap kejap komputer wan ni..
Sekarang bercuti di umah wan & tok sebelah baba tanpa kehadiran baba..
sbb baba masih di putrajaya mencari rezeki utk kami sekeluarga..

Ikut perancangan Jumaat ni baba akan balik jemput kami untuk kembali ke teratak hari Isnin nanti..
2 minggu sudah bercuti di umah tok Naka..
Seminggu ni manfaatkan cuti di umah tok Jitra plak..

Kalau di Naka ..jarang sekali Ishraqi tido di siang hari sbb ada sepupu sepapat nak bermain..
tp di jitra, rutin hariannya sangat disiplin..jam 1/2 sudah syahid seketika..hihi..
Kalau di Naka malamnya akan tido lewat2 sbb meramaikan sepupu sepapat yg bermain..
tp di jitra sebelum jam 11 sudah beradu...

Malasnya nak menaip walaupun banyak benda nak cerita..
tengok gambar je la..huhu

                         Ishraqi menelaah kamus bersama wan...

                           Ishraqi baru balik ziarah tok nyang sebelah wan...

Ishraqi berbasikal ditemani & ditonton oleh dayang2nya..hihi

:: Cuti Akhir Tahun 2012 ::

Assalamualaikum pembuka bicara...
Lama tak menulis...
tiba2 rasa macam dah tak reti nak mengarang...
kwang3...
Selamat bercuti buat semua ...
Kami masih menghabiskan cuti di kampung halaman...
Sian tinggal baba sensorang di Putrajaya...

Minggu depan kita balik putrajaya ye baba...
Meneruskan misi untuk menghabiskan sisa2 cuti baba & mama ...

Adik dah bam2...

Ishraqi : "Rindu baba..sayang baba!!"

Saturday, September 15, 2012

:: Contest "RAYA BERSAMA HB QAISARA" ::

Assalamualaikum buat semua...
Moga kehidupan seharian kita sentiasa dilindungi,dipayungi & dirahmati ILAHI..insyaAllah...

Lepas touch-up2 blog ritu...x berkesempatan lagi nak mengupdate hinggalah saat ini..
tak dak apa yang nak diceritakan cuma satu dua memori nak disimpan disini...

Sejak ada gugirl sorang tu..macam2 mama shopping untuk dia...
kebetulan rambutnya tumbuh yang tidak memberangsangkan..kadang ada yang bertanya boy ke?haha..
ada gaya boboy ke si gugirl mama ni???
so ..sejak dari tu baba telah peruntukkan rm100 untuk shopping Headband Qaisara..
so apa lagi...terjuling la mata memilih headband (hb) yang cantik2 bangat tu..

Bila dah dapat hb2 tu..tunggu apa lagi bergaya sakan la si gugirl mama tu..kebetulan plak time order tu dekat2 nak raya..so leh bergaya di hari raya bersama hb Qaisara..
Tak ketinggalan jugak utk sepupu2nya yang lain..so mama order Spikey Daisy Cream untuk pakai sedondon..

Bersempena hari raya dan buat pertama kalinya Qaisara Headband te;ah mengadakan Contest "RAYA BERSAMA HEADBAND QAISARA"
Pemenang 1 2 3 dikira mengikut LIKE yang paling banyak...
di samping tu ada jugak hadiah utk kategori lain yang dipilih oleh QH sendiri..
Tempoh memancing LIKE selama 5 hari...

 bermula 1-5 September 2012..

"Man Jadda Wa Jada" - "sesiapa yang bersungguh2 pasti berjaya"

hihi...atas kesungguhan mama & kerabat2nya memancing undi ..
akhirnya pic 3 kembar lain mak lain ayah tu telah mendapat tempat PERTAMA...
3 kembar yang menggayakan hb spikey daisy cream & baju merah sedondon hadiah dari maklong..


Diikuti pic bb Maryam tempat KEDUA..

dan gambar family Insyirah menggayakan hb Purple mendapat tempat KETIGA...

Alhamdulillah rezeki...leh la shopping hb lagi dengan jumlah hadiah Pertama (rm60) + Ketiga (rm40) = rm100.. 
Tq Qaisara anjurkan contest ni...
Dan
TQVM jugak buat semua saudara mara,kengkawan & kenalan FB yang sudi meng"LIKE" pic2 tersebut..
Terima kasih jugak utk kerabat2ku yang sudi meluangkan masa mengasah skill memancing masing2..hehe..
Contest yang enjoy & melucukan sangat sepanjang 5 hari memancing LIKE...

ok...stop dulu...jumpa lagi di lain entry...

Thursday, August 30, 2012

:: SALAM LEBARAN 1433H / 2012M ::




Salam Aidilfitri buat semua sanak saudara..sahabat handai..rakan taulan..rakan2 seperjuangan serta sesiapa sahaja yang mengenali kami... dengan ucapan...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H
MAAF ZAHIR & BATIN


Ingatan Tulus Ikhlas dari kami :
Firdaus, Khadijah, Sidqi Ishraqi & Salsabila Insyirah

Monday, April 30, 2012

:: Nur Salsabila Insyirah binti Muhammad Firdaus ::

Assalamualaikum...
Sudah berbulan tidak mengupdate...

Sekadar memperkenalkan ahli baru dalam family kami..
kini kami sudah berempat ALHAMDULILLAH atas kurnianMu Ya Rabb

Pada : 21 April 2012 bersamaan 29 JamadilAwal 1433
Hari : Sabtu
Jam : 10.15 pagi
Tempat : Hospital Putrajaya
Di bawah seliaan : Dr Hamidah

Maka lahirlah puteri yang ditunggu..
Berat Lahir : 3.18 kg
Panjang : 51 cm
Lilitan Kepala : 35 cm

dan telah diberi nama
NUR SALSABILA INSYIRAH

beberapa jam selepas dilahirkan

hari ke 10 - 30042012