CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

CintaHatiMamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, March 19, 2011

:: Selamat Ulang Tahun Si Manja April ::

Assalamualaikum pembuka bicara... semoga semuanya sihat wala'fiat..

Sekadar memori yang boleh diabadikan... rezeki Ishraqi..

Atas kerajinan mama .. beberapa keping gambar telah dicuci & beberapa borang daripada majalah Pa&Ma telah diisi dan diposkan ke Editor Karangkraf Pa&Ma bulan 2 yang lalu...

Alhamdulillah rezeki Ishraqi, gambar anakanda mamababa telah dipilih untuk ruangan dedikasi "Selamat Ulang Tahun Si manja April" iaitu pada 29 April 2011 ... TQ to editor Pa&Ma ..

Wednesday, March 16, 2011

:: Bercuti di Kampung ::

Selamat bercuti untuk semua terutamanya para pendidik & anak2 yang dididik... semoga dapat memanfaatkan cuti sekolah dengan sebaiknya...

Alhamdulillah permusafiran yang mengambil masa hampir 10jam tiba dengan selamatnya di rumah tok pitah Naka +- jam 4 petang... seperti biasa sementara untuk membiasakan diri di tempat baru anakanda mamababa akan berteriakan beberapa minit....

Untuk makluman, sepanjang perjalanan itu telah berlaku 3 kemalangan yang telah menyebabkan 3 sekeluarga maut di Grik... kemalangan itu berlaku selepas beberapa km jalan itu kami lalui.. apabila berselisih dengan beberapa buah ambulan, bomba dan polis baru kami sedari kejadian itu berlaku.. kebetulan paklang fikri menelefon dan memaklumkan kejadian tersebut... innalillahiwainnailaihirajiun...semuanya diluar pengetahuan kita.. wallahua'lam...

Hari ini telah pun memasuki hari ke 6 bercuti di kampung, bermakna hanya berbaki 2 hari lagi cuti (- hari bertolak)..masyaAllah, sungguh pantas masa berlalu.. jadual bercuti sangatlah padat dengan ke hulu ke hilir bergilir rumah toktokwan naka & jitra dan berjaya menyelesaikan beberapa misi & visi .. alhamdulillah.. mengikut perancangan akan pulang ke teratak FirJah semula seawal pagi Sabtu.

Anakanda mamababa ni makin hari kadangkala makin meragam & berbagai2 kemahiran yang dia dapat.. baru toktokwan , tokcik dan semua tahu aktiviti & keaktifan anakanda pintar sorang ni... selamat berkenalan ya... hihi.. semua orang tegur : "eh dah kurus la Ishraqi "... YA... mmg diakui kekurusannya, mungkin berat pun dah turun ni.. makan pun mama rasa makin kurang ja...

Puas hati balik kali ni boleh jumpa semua mak2 & pak2 menakan, sepupu sepapat...harini maknjang sefamily dah kembali ke KL coz esok nak balik rumah nenek di N9 pulak..Esok di rumah tok Jitra ada kenduri, sempat jugak makan kenduri berlaukkan masakan kedah...ermm mmg sedap laa.. alhamdulillah rezeki...

* Sepetang bersama sepupu sepapat...

* Bersama abg anas dan abg umar sebelum berangkat pulang ke KL...



Allahuakbar, dengan KekuasaanMu Ya Rabb..Sejak kebelakangan ni cuaca agak tidak menentu mungkin kesan dari tsunami di Jepun.. kadang terik mentari yang amat sangat, dan harini hujan yang sangat lebat bertemankan guruh berdentum dentam serta kilat sabung menyabung yang kadangkala sgt menggerunkan.. dan mungkin ini pengalaman baru untuk anakanda mamababa laluinya... semoga anakanda mamababa membesar dgn sihat, ceria, pintar & jadi anak soleh penyejuk mata penawar hati mamababa dan semua yang menyayangimu sayang!!!

Ok , rasanya setakat ini dulu coretan buat kali ini.. jumpa lagi di lain entry.. maa'ssalamah wailalliqa'...

Wednesday, March 9, 2011

:: Balik Kampung !!! ::

Assalamualaikum...

Lama benar tidak mematrikan cerita sang penghibur hati nan seorang itu...

Alhamdulillah anakanda sudah mencapai usia 10 bulan lebih & membesar dgn sihat, ceria lagi bijaksana... nak kata membesar bagaikan juara, tidak jugak coz badan makin kurus ja mamababa tengok.. tp apa2pun alhamdulillah sihat wala'fiat.

Macam2 kemahiran yang dah dikuasainya,alhamdulillah... mengikut pemerhatian mamababa sang penghibur hati ini cepat mengingat @ pendek kata "cepat tangkap".. ajar sekali dua dah ingat..

Sekarang :

bila ditanya mana lidah?? lidahnya yang cantik itu akan dijelir...

Mana kaki?? kakinya akan digoyang2...

Mana telinga?? telinganya akan ditarik2...

Mana lampu, kipas, pokok, pintu dan benda2 sekeliling... dia akan menunjuk kearah apa yang ditanya sambil mulut berbunyi2 memberitahu dgn bahasa yang difahaminya sendiri... BIJAK BIJAK anak mamababa ni.. alhamdulillah...

Paling kagum apabila memerhati cara anak nomey mamababa ni membelek2 & membaca majalah.. lagaknya seperti orang dewasa... so cute laaa bebeh!! Majalah Pa&Ma kesayangan mama edisi Mac telah menjadi mangsanya.. cover majalah sudah "yellek" dalam tong sampah.. tinggal isinya saja... dibelek2 majalah tu dan kekadang dikoyaknya sesuka hati... tp paling mencuit hati sekali apabila majalah diselak dan ada gambar baby .. automatik si nomey mamababa ni akan cium ke gambar tersebut dan menunjuk2 sambil bercakap dalam dgn laras bahasanya... alhamdulillah perkembangan yang sangat bagus sayang!!!

enap usia 10 bulan terus si nomey mamababa ni pandai merangkak dgn jitunya tanpa henti... dan sekarang proses nak berdiri... masih lg berdiri sambil memegang kerusi, dinding, walker dll...

Pada 26 Februari yang lalu buat kedua kalinya Ishraqi dapat bertemu muka bersama ammu shahril.. kebetulan ammu shahril ada tugasan di negeri pantai timur yang kaya dengan lautan ini.. ammu shahril sempat bermalam dan keesokkannya Ishraqi menghantar ammu ke G'rimbun @ pantai merang... jemput datang lagi ye ammu , jgn lupa nanti bawa abg ammar,abg adam dan maklong k...

Setelah sekian lama hampir 3 bulan mamababa & Ishraqi tidak pulang ke kampung halaman, alhamdulillah dengan nikmat kelapangan masa ini bersempena cuti sekolah mamababa & Ishraqi bercadang utk bercuti di Kedah selama seminggu +- 9 hari.. insyaAllah akan bertolak seawal pagi esok (jumaat 11032011) sesudah subuh.. insyaAllah... doakan perjalanan kami selamat pulang bercuti dan selamat kembali bertugas 20032011..