CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

CintaHatiMamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, December 31, 2011

:: Ahlan Wasahlan 2012 ::

Assalamualaikum... moga di bawah lembayung rahmatNya..

Plan esok 01012012 nak bawa Ishraqi jenjalan KLCC terpaksa dibatalkan coz cik bah & cik lan nak datang umah.. so petang td bawa dia main2 @ playground komplek kejiranan p9..
suka benar dia boleh main2, sampai tak nak balik ..



Balik umah makan2..main2..8.30 mlm dah tido..keletihan agaknya..

Beberapa jam je lagi kita akan melangkah ke 2012.. semoga apa yang dihajati pada 2011 telah tercapai & apa yang di azamkan pada 2012 juga akan berjalan lancar.. insyaAllah...
Apa2 pun semuanya ketentuanNya...
Kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha, bertawakkal & berdoa...



"SELAMAT TAHUN BARU 2012" buat semua..

Tuesday, December 27, 2011

:: Hari-hari terakhir @ Dua Kosong Satu Satu ;;

Bismillahirahmanirrahim....
semoga semuanya sihat dan dirahmati Allah selalu..
Lama benar tidak mengupdate blog...
kini kita hampir menghampiri penghujung 2011...
pelbagai kenangan n peristiwa suka n duka dilalui sepanjang thn ini..
semoga segala yang kita telah lakukan mndapat barakah n rahmat darinya, moga terampun segala dosa2....

2812201
Anakanda mamababa menjejakkan kaki ke nurseri baru @ cendekiawan educare p9...
harap2nya anakanda mamababa serasi di sana dan dapat menimba ilmu yang lebih lagi dari guru2 cendekiawan educare..

30122011
Semalam mamababa sempat bawa Ishraqi jalan2 di i-city Shah Alam... hajat nak masuk snowalk tak kesampaian coz ibu hamil & kanak2 di bawah usia 3 tahun tak dibernarkan masuk ..
so jalan2 je la & bawa ishraqi main kt tempat kanak2 tu jer...
yang pasti rasa macam serik dah nak g pulak..
kaki lenguh yang amat coz parking sangat lah jauh ..
manusia serata alam jejak kaki ke sana sempena "karnival sayangi Selangor"..
tempat & lampu2nya sangat lah cun...





31122011
InsyaAllah harini tak ke mana..di rumah saja merehatkan badan yang keletihan...
InsyaAllah esok 01012012 akan bawa Ishraqi ke KLCC tapi bukan dgn kereta sebaliknya dengan pengangkutan awam ERL & LRT .. saje jenjalan sementara masih lagi bercuti ni..
Semoga semuanya selamat & mendapat rahmay dariNya...

Sunday, September 4, 2011

:: Hadiah Ramadhan & anniversary yg ke 5 ::

Assalamualaikum & Salam Lebaran buat semua... semoga Aidilfitri kali ini memberi 1001 kenangan & kemenangan utk kita, dan semoga kita terus dipanjangkan usia untuk menjadi tetamu Ramadhan akan datang..InsyaAllah...



2 SEPTEMBER 2011

Genaplah 5 tahun usia perkahwinan baba&mama ... cepatnya masa berlalu... Ishraqi pun sudah mencecah 1 tahun 4 bulan & Ishraqi sentiasa mendoakan kesejahteraan mamababa.. semoga keluarga kita terus diberi rahmah & kasih sayang yang berpanjangan & berkekalan dari Yang Maha Penyayang ... dan moga terus kekal hingga ke syurga..aminn..



Mamababa tentu masih ingat kenangan & hadiah serta nikmat yang paling terindah & berharga ketika sambutan ulangtahun perkahwinan yang ke 3 (02092009) dulu kan... esoknya, 03092009 mama disahkan hamil 5minggu setelah 3 tahun menunggu .. MasyaAllah Subhanallah hanya Dia yang tahu betapa gembiranya mamababa saat itu apabila hadirnya Ishraqi di dalam rahim mama kan..



2 tahun kemudian .... 2011



Sambutan ulangtahun yang ke 5 ni mengingatkan kembali mamababa pada kenangan lalu .. betapa Allah itu Maha Kaya & Maha Mendengar setiap doa & permintaan hambanya...

Sekali lagi mamababa dianugerahkan nikmat & hadiah yang sangat berharga sempena ulangtahun yang ke 5 ini seperti 2 tahun lepas...



Allahuakbar!!! MasyaAllah tiada kata yang dapat mamababa lafazkan kecuali Alhamdulillah dan syukur atas kurnianNya...Semoga dengan kurniaan nikmat ini akan lebih mendekatkan mamababa serta Ishraqi dengan Yang Maha Perkasa... apa2pun masih terlalu awal & harapan tetap sama, semoga "adik" Ishraqi membesar dengan sihat, sempurna & selamat hingga akhirnya ..



"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam".



"Ya Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang... ampunkanlah segala dosa2 kami selama mana hayat kami ini Ya Rabb..

Ya Allah Yang Maha Kaya... Syukur yang tidak terhingga atas setiap nikmatMu untuk kami kecapinya siang & malam.. walaupun kadangkala kami ini sentiasa lalai denganMu..Engkau tetap menganugerahkan segala nikmat buat kami ya Allah...

Ya Allah Yang Maha Agung , Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu Kau peliharalah setiap nikmat yang Engkau berikan kepada kami ini.. Lindungilah kami & jauhilah kami dari azab api neraka"



Saturday, July 30, 2011

:: Selamat menunaikan Ibadah Puasa ::

Assalamualaikum dan salam ramadhan kareem...
Lagi sehari kita akan menyambut bulan yang mulia, bulan yang hadirnya ditunggu2 & pemergiannya ditangisi...
Semoga kita semua dipanjangkan umur & dapat melalui Ramadhan 1432h ini dengan jayanya...
Ya Allah panjangkanlah umur kami... semoga Ramadhan kali ini akan memberikan keinsafan bagi kami agar dapat dan terus meningkatkan amal ibadah kami keranaMu Ya Rabb...

Buat semua muslimin & muslimat ...
diucapkan...
SELAMAT BERPUASA & SELAMAT BERTARAWIH


Thursday, July 21, 2011

:: Ishraqi & hobi-hobi ::

Assalamualaikum... selamat malam buat semua, moga nikmat kesihatan yang dianugerahkan ini dapat kita kecapi hingga akhirnya.. aminn...

Entry saya untuk kali ini just nak berkongsi hobi saya & sekadar memahatkan ia di sini...mungkin suatu hari nanti,bila dah besar dan sekiranya blog ini masih wujud,bolehlah saya mengimbau kembali sejarah kehidupan saya di zaman kanak2 ni kan..hihi.. mesti lucu ja bila diingat kembali..
Saya ni masih kekanak yang bakal menjangkau usia 1 tahun 3 bulan pada 29 Julai nanti.. so sekarang ni saya suka tiru je apa yang saya nampak didepan mata.. ni kira hobi la kan.. sebab pantang je ada saya akan buat...
okeh... di bawah ni saya selitkan hobi2 saya bersama2 bukti yang ada..hihi...

* Suka tiru cara baba jalan...
Awal2 dulu saya selalu tengok baba jalan tangan letak belakang, pastu apa lagi saya tiru la.. rasa macam bos je jalan macam ni kan.. hihi...

* Suka tolong mama menyapu sampah..
pantang nampak penyapu & penyodok, saya akan buat macamana saya nampak mama saya buat..
.

* Suka tiru hobi mama... "pukul gambo (kata org negeri kelahiran saya,trg)"..
konon2 nak "pukul" gambo la.. leh tunjuk aksi & cara ja..tapi tak pandai lagi nak "pukul"nya... *_*

* Suka sangat selongkar purse mama & wallet baba...
kadang2 kalau saya menangis mamababa akan bagi purse mama @ wallet baba, terus saya akan diam.. tapi kenapa ye saya suka main purse mama @ wallet baba?? hihi.... bila dah ada di tangan saya, saya akan keluar & selerakkan apa yang ada dalam purse mama ....

*Suka panjat segala apa yang ada di sekeliling yang boleh panjat..
tapi yang paling saya suka panjat memanjat adalah katil,tangga & rak tv.. di teratak baru ni ada rak TV & katil ja.. so mamababa letih la nak kepong saya supaya tak boleh panjat rak tu... mamababa saya heran, sofa yang ada trang tang tang tu tak plak saya panjat memanjat.. kata mama, sib baik teratak baru ni tak dak tangga..kalau tidak, poning mamababa dibuatnya...huhu

* Suka menulis...
Konon2nya nak menulis la macamana saya tengok mamababa tulis.. mama dah belikan saya board yang leh tulis & padam tu.. di samping tu mama juga ajar saya pegang pen yang betul dan cara menulis.. so pantang saya jumpa pen dan kertas je saya akan menulis..konon
je la sbb tak keluar dakwat pun sebab saya pegang pen pun tak betul lagi..kihkih


* Suka dengan binatang2 yang jinak.. ikan ke, kucing ke @ apa2 binatang yang saya nampak..
Saya ni pantang tengok kucing... hehe.. rasa nak kejar2 ja kucing tu.. sekarang ni baba bela ikan, so selalula saya menziarahi "zoo ikan" baba tu... *_*


* Suka senyum..
yeahhh... saya suka sangat senyum @ gelak... thahla hati rasa tenang ja boleh sedekahkan senyuman pada sesiapa saja yang saya jumpa.... T___T

Haaa.... panjang lebar cerita tentang hobi saya ni kan...
oklah sampai di sini dulu... mata saya pun dah ngantuk ni... bye bye..
good nite!!!

Sunday, July 17, 2011

:: Selamat tinggal Terengganu ::

Assalamualaikum... moga semuanya sihat2 sahaja & senyum sokmo!!

Huhhh Alhamdulillah... secara rasminya saya,mamababa dah pindah dari Terengganu.. kenape saya berkata sedemikian?? kerana... semalam Ahad 17072011 saya,mamababa,cikmat,ciklah & pokcik2 lori sudah selesai memunggah,mengangkat & mengangkut semua barang2 milik abadi kami yang terperap di KIPSS hampir sebulan tanpa tuan di sisi... dan sekarang barang2 itu telah menyemakkan teratak kami di presint 9... sian mamababa nak kena mengemas plak... sabar ye mamababa.. itulah lumrah sebuah kehidupan.. kerja yang pasti tidak akan abis..

Jutaan terima kasih buat cikmat & ciklah yang banyak membantu mamababa.. jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya..
Juga sekalung penghargaan & terima kasih yang tidak terhingga buat acik linda sekeluarga atas jasa baik sudi menerima kami sebagai tetamu & membenarkan kami bermalam di istana yang cukup selesa.. tak cukup dengan itu, acik linda menyusahkan diri memasak & menghidangkan kami nasi ayam yang besttt.... juga membekalkan kami bekalan utk sepanjang perjalanan.. sungguh indah budi pekertimu .. jasamu akan kami kenang selalu.. moga Allah sentiasa memurahkan rezeki yang halal untuk acik linda menjadi JUTAWAN sepanjang hayat..


Hari ni saya kembali ke taska, mama ke sekolah & baba bercuti mengemas rumah bersama2 cikmat & ciklah...
ok.. mohon mengundur diri... salam permisi.. jumpa lagi...
Assalamualaikum...

Thursday, July 14, 2011

:: Hobi saya *_* ::

Salam pagi Jumaat buat semua... didoakan moga semuanya sihat2 & senyum sokmo!!

Kalau di Terengganu dulu,pepagi macam ni saya akan berjalan & bersiar2 menghayati serta menikmati indahnya ciptaan Tuhan di tepi pantai bersama mamababa kerana itu adalah hobi mamababa..mama sangat sukakan pantai..kata mama, tenang je bila melihat indahnya pantai ciptaanNya.... kebiasaannya Pantai Batu Burok destinasi saya menghabiskan masa bersama mamababa.. lepas bersiar2, berjalan2, bermain2 pasir di tepi pantai, mamababa akan bawa saya ke taman permainan yang berdekatan pantai tersebut...owwhhhh indahnya saat itu... sekarang segalanya sudah berubah sebab hari Jumaat di sini adalah hari bekerja... so seperti biasa saya akan dihantar ke nurseri oleh mamababa.. terima kasih Ya Allah atas peluang yang Engkau berikan kepada kami walaupun hanya sekejap cuma...

Berbalik pada tajuk entry saya kali ini... "HOBI SAYA" ...
Kata orang : " apa yang mamababa buat @ lakukan sedikit sebanyak akan turun kepada anaknya" ... so mamababa kena la sentiasa berakhlak mulia, bersikap positif ,berperangai baik & segala2nya mestila baik kan.. sebab Ishraqi akan ikut semua perangai mamababa tau... hihi ...
Seperti yang semua sedia maklum, hobi mamababa saya memang la suka bergambar & mengambil gambar... seperti yang saya maklumkan entry lepas... kalau dulu sebelum lahirnya saya, mereka sendiri yang menjadi model tapi sejak kehadiran saya .. maka saya lah yang menjadi model mamababa..... *_*
DAN
Sekarang ni pantang jumpa kamera je inilah reaksi & tindakan saya... dah jadi macam mamababa kan kan kan...

* 1 2 3 senyummmmmm .... semua sebut ssssssss...

* owhh tak center... kiri sikit, kiri sikit... @_@ ....

* Adusss.. beratnya kamera mamababa ni..patahla hidung Ishraqi...

Yeahh.. nampaknya hobi mamababa dah hampir sebati dalam diri saya..
hihi..
Ok wallahua'lam... jumpa lagi di lain entry...ilalliqa'...

Wednesday, July 13, 2011

:: Ishraqi & Floria 2011 ::

Selamat petang buat semua & assalamualaikum..


Semoga Allah panjangkan umur saya, mama, baba, tok, tokwan dan semua.. dan moga dengan nikmat umur ini dapat saya membesar & berbakti pada mamababa serta menjadi hamba yang taat padaNya...
Cerita hujung minggu lepas :

Ahad 10 Julai 2011 - Mamababa bawa saya ke Festival Bunga & Taman di Presint 2 yang berlangsung selama seminggu :


Tarikh : 09 - 17 Julai 2011


9.00 pagi - 10.00 malam (Isnin - Jumaat)



9.00 pagi - 12.00 malam (sabtu & Ahad)



Tempat : Presint 2 (tapak pasar malam bersebelahan tasik & Monumen Alaf baru)


Subahanallah sangatlah cantik ciptaanNya... pujian hanya layak untukNya... Sepanjang 14 bulan saya di muka bumi ini, saya hanya pernah tengok bunga2 biasa di tepi jalan & taman2.. tapi kali ni saya berpeluang melihat berbagai jenis tumbuhan terutamanya bunga2 yang bermacam2 jenis dan teramatlah cantik yang mustahil bagi kita untuk membuat & menciptakan seperti itu kecuali Yang Maha Esa... Maha Hebat Dia... Subahanallah...


Kekadang mamababa biarkan saya bebas berjalan menikmati indahnya ciptaan Yang Maha Agung.. kekadang tangan saya mencapai bunga2 itu ..cantiknya rasa macam nak makan.. hihi ..(sbb hobi saya mmg suka masuk benda dlm mulut... hihi )


Dengan kelebihan yang ada pada mamababa yang hobinya suka bergambar... maka sangatlah bertuah diri ini sbb dapat merakamkan ratusan gambar sebagai kenangan "Ishraqi & Floria 2011" ... kalau dulu sebelum lahirnya saya, mamababa adalah model utk hobi mereka.. tapi sejak kehadiran saya.. maka sayalah model mamababa & hobi itu mungkin akan sebati dalam diri saya...


Untuk akhirnya, ingin saya mengabadikan foto kenangan itu di sini & selebihnya boleh klik di Ishraqi & Floria 2011 :







Sekian cerita hari ini & shukran mamababa bawa Ishraqi jalan2... Wallahua'lam...

Wednesday, July 6, 2011

:: Teratak baru Presint 9 Fasa 3 ::

Selamat petang... masaa alkhair..

Mamababa,
Ishraqi rasa macam tak sabar dah nak masuk rumah baru..
Nak bebas bermain..
Nak berlari-lari...
Tapi dah tak boleh panjat2 tangga...

tapi

yang penting dah tak perlu berkurung dalam bilik...
Ishraqi tau mamababa dah tak larat nak kepong Ishraqi kalau mamababa biarkan di ruang tamu kan..
sebab hobi Ishraqi time ni memang suka mencuba sesuatu yang baru..
suka panjat2 tangga di rumah maklong,
suka tarik2 barang yang ada di ruang tamu rumah maklong,
suka sepah2kan barang di situ kan...

Kesian mamababa letih balik dari kerja nak kena kepong Ishraqi plak...
Takpe..walaupun dalam bilik je tapi yang pentingIshraqi tetap dapat melakukan hobi memanjat itu.. hehe..
tak boleh panjat tangga.. Ishraqi panjat katil plak...kihkih...
mamababa jangan marah ye... Ishraqi love mamababa...


Haaa... ini dia rooopa teratak baru Ishraqi mambaba... luas kan .. that Y la Ishraqi rasa tak sabar nak duduk teratak baru ni, nak berlari2 & berkejar2 dengan hero2 maknjang...
Ishraqi doakan moga urusan mamababa untuk masuk teratak baru kita ni dipermudahkan..


Ini pula antara pemandangan yang boleh mencuci mata sesiapa sahaja yang menjadi tetamu teratak Firjah...

*Pandangan dari bilik utama & bilik 3

*Pandangan dari balkoni ruang tamu...

*Pandangan dari lif tingkat 5

Setakat itu dulu.. salam permisi..
Wallahua' lam...

Tuesday, July 5, 2011

::Ishraqi & Nurseri ::

Selamat pagi semua...

Pagi ni saya bangun dengan cerianya... tiap pagi hari bekerja mamababa akan hantar saya ke nurseri norizan, di bawah bangunan Jabatan Akauntan Presint 2...
Awal2 dulu saya asyik nangis je, mama hantar nangis, mama datang ambil pun saya nangis sebab saya tak biasa dengan ramai orang..thahla kenapa??mungkin saya takut, mungkin juga fobia, atau mungkin saya sedih sebab saya tak dapat perhatian sepenuhnya sepanjang seharian di nurseri..maklumla dulu di rumah ma saya hanya berkawan dengan najihah jer.. ma jaga saya & najihah jer,tiap masa ma ada di sebelah kami.. so saya sangatlah manja...
tapi sekarang,di nurseri saya dijaga oleh cikgu wawa & cikgu aimi bersama ramai kawan2 yang lain..
Mamababa selalu ingatkan saya :
"Sayang mamababa Ishraqi... sekarang ni kita dah pindah.. mamababa hantar Ishraqi ke nurseri, bukan lagi di rumah ma tau...jadi, Ishraqi sayang kena jaga diri, jangan manja2, berdikari sendiri, jadi anak soleh mamababa ye, jangan nakal2"

sambung mamababa lagi :
di nurseri :
cikgu wawa tak boleh la nak memberikan sepenuh perhatian pada saya..
cikgu wawa tak boleh sentiasa di tepi saya...
cikgu wawa tak boleh nak manja2 kan saya..
SEBAB cikgu wawa juga ada tugasan lain & nak uruskan kawan2 saya yang lain..
jadi saya kena faham itu semua...
Tapi yang pastinya 2 minggu pertama di nurseri saya banyak menangis daripada bermain dengan kawan2... sebab agak memakan masa la saya nak serasikan diri di tempat baru... lagi pula saya rindukan ma & najihah.. huhu...

Mamababa selalu susah hati pikirkan saya, mamababa selalu doakan saya semoga saya cepat2 dapat membiasakan diri di tempat baru dan tak menangis lagi... maaf ye mamababa, sebab Ishraqi dah buat mamababa susah hati....

Untuk minggu ketiga ni.. Alhamdulillah.. mamababa happy bila hantar dan ambil saya sebab saya dah tak nangis lagi macam dulu.. saya dah dapat biasakan diri.. dan cikgu wawa ada bagitau mama: "Ishraqi dah pandai main dengan kawan2 dan dah lalu makan.. makan pun banyak sekarang ni"

Ya mamababa...
Ishraqi dah main dengan kawan2..
Ishraqi dah tak duduk diam macam dulu lagi...
Ishraqi dah makan dengan banyaknya...
Ishraqi dah tak biarkan kawan2 aniaya Ishraqi lagi...

Apa2pun saya tak boleh lupa, apabila belakang saya digigit oleh sorang kawan ni yang kejenya suka menggiiiiiiigit orang.. tapi sekarang kawan tu dah kena pindah bilik sebab dah ramai jadi masgsanya termasuklah saya.. huhu...
Itulah antara pengalaman pahit saya sepanjang 3 minggu berada di tempat baru...

* Pic kenangan bersama babamama berhampiran perkarangan parking nurseri...
TQ mamababa..Ishraqi sayang mamababa...


Ok jumpa lagi.... ilalliqa'....

:: Taman Tasik Cempaka, Bangi ::

TARIKH : 3 JULAI 2011
HARI : AHAD
MASA : 9 - 10 PAGI
LOKASI : TAMAN TASIK CEMPAKA, BANDAR BARU BANGI

Assalamualaikum semua....
Semoga semuanya di bawah rahmat Ilahi...

Minggu lepas masa saya diisi dengan sepenuhnya, cuma Sabtu je saya ada di rumah maklong, berbaring & bermain bersama baba sebab mama ada program di sekolah...

Malam tu paksu bertolak dari Kedah ke KL sebab esok paginya paksu dah nak bertolak balik India.. tp malangnya saya tak dapat jumpa paksu pun.. sebab malam tu paksu sampai lewat & esoknya awal2 pagi lagi paksu dah ke KLIA... memang takdak rezeki saya la nak jumpa paksu,maklumla jadual tido saya lepas isyak dah zzzZzzzzZzz dan kebetulan pagi tu saya bangun lambat... sorry ye paksu.. ada rezeki panjang umur kita jumpa lagi k...

Hari Ahad plak, maklong ajak mamababa & saya jalan2 abiskan duit :) di jalan TAR.. Sebelum ke jalan TAR awal pagi tu mamababa bawa saya bersiar2 di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.. lokasinya tak la jauh dari rumah maklong.. taman ni cantik, sangat sesuai untuk berjogging.Ada juga taman permainan kanak-kanak.. utk hari tu mamababa tak sempat bawa pergi main kat taman tu sebab peginya sekejap je.. sesaje bersiar2..

Jom layan pic bi bawah k....

* Haaa ni gambar saya & baba... ini antara hobi saya "suka meniru gaya baba jalan".. macamana?sejibik tak gaya saya & baba...hihi...


* Baba suka bercerita... saya banyak tau dari cerita2 baba... tu gambar baba tunjuk,baba kata : "ishraqi, ni tasik..dalam tasik ni ada ikan..." TQ baba...


* Ini atas jambatan di Tasik tu..kalau ikutkan hati, saya nak jalan sendiri jer.. tp baba takut saya jatuh.. mama kata : "relax la baba..."


* Inilah mama saya yang terchenta...


* Saya yang atas dukungan mama...


* Ini pulak laluan untuk berjogging... huhh happynya saya dapat bebas berjogging di sini...


Ok lah... sekadar ini sahaja coretan saya untuk kali ini... jumpa lagi di lain waktu.. mata saya dah ngantukkkk....

babaiiii.... tataaa.....

Sunday, June 26, 2011

:: 2 minggu tinggalkan Terengganu ::

Assalamualaikum buat semua...

Jumaat Sabtu Ahad (24-26 Jun) yang lalu... mama,baba & Ishraqi kembali ke Terengganu setelah 2 minggu meninggalkan Bandaraya Persisiran Pantai itu... pulang dengan satu tujuan mengemas & meletakkan barang2 tersebut ke dalam 1 bilik kerana ada penghuni baru yang bakal menghuni di situ..
Oleh kerana penginapan di putrajaya ni belum mendapat kuncinya, maka barang2 milik abadi di Terengganu ni terpaksala dibiarkan menumpang di satu bilik itu.. (tumpang ye cik ika..tq)...

Perjalanan bermula jam 6.30 petang setelah tamatnya waktu ofis,balik solat, mandi dan berehat seketika..TQ tu Datin Hafiza & Dato' Shahril atas jasa baik kalian memberi ruang utk kami menumpang teduh buat sementara ini..hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya...shukran3...

Bertolak dah lewat, 2jam baru smpai r&r Genting Sempah.. sempatla makan jem di Ampang..huhhhh... rutin warga kota melalui jalan2 yang jem..
Dipendekkan cerita jam 9.30 pagi barulah kami 3 beranak selamat sampai di KIPSS K.Trg coz berenti tido di jalanan.. mata sangatlah mengantukkk....

Sesampai di KIPSS mandikan anakanda mamababa tu, dan berhajat utk menumpang di rumah ma seharian coz mamababa nak ngemas barang2 tu... andai dia turut serta mengemas, tak terkemas la rumah tu jawabnya...jutaan terima kasih utk ma sekeluarga kerana sudi mengasuh Sidqi seharian di hari Sabtu..

Alhamdulillah 6 petang semua barang selamat dikurungkan di bilik itu.. ribuan terima kasih juga utk paksu yang sudi menggembeling tenaga meringankan kerja2 kami... nanti lagi sekali nak minta tolong lagi ya paksu..toche toche...
Anak bertuah mamababa yang rajin... pandai plak tu menyapu nya...

Keesokkannya (Ahad).. kami ke PPD mengisi borang pengisytiharan keluar kuarters, ke Takaful Malaysia BIMB menghidupkan cukai jalan KCF3131..then baba ke JPJ, Ishraqi & mama ke sekolah... mengubat rindu buat kengkawan SKL.. makan2 borak2... kul 12 kembali ke teratak.. berehat,solat & bersiap2 utk pulang ke KL... tepat 1.35 petang, bismillahitawakkaltua'lallah kami memulakan perjalanan diiringi doa dan harapan moga sampai dengan selamatnya...

Sesi pen'gepong'an anakanda mamababa dalam kereta...
Habis cara dah nak suruh dok dendiam....
Abis tempat lain dikepong supaya tak ke depan kacau baba drive..
hujung nun plak dia panjat..huhuuu...

10.03 malam... Allamdulillah seperti yang diharapkan kami selamat sampai ke Bandar Baru Bangi dengan selamatnya...

"Syukur Ya Allah kerana telah memudahkan segala urusan kami...
semoga setiap yang kami lakukan sentiasa dibawah rahmat & barakah Mu..
kepadaMu sahaja layak utk segalanya"

Tuesday, June 14, 2011

:: Kesian tomey mamababa itu!!! ::

Assalamualaikum buat semua.. moga sihat selalu hendaknya..

Ya Allah susah hatinya mamababa pikirkan sang tomey ni...sampai ke hari ni rasa macam tomey mamababa ni belum serasi lagi dengan tempat asuhan barunya.. antar nangis, ambik pun nangis..siannnyaaa dia...
Kalau dulu bangun pagi happy ja nak g umah ma, sampai umah ma pun ceria .. tp skrg bangun pagi wat perangai dah seolah2 nak khabarkan bahawa "mama... ishraqi tak nak g nurseri"....
Tapi, tak dapat tidak terpaksa la mamababa antar jugak kerana tiada pilihan lain la sayang.. hari2 mendoakan dengan harapan tomey mamababa ni cepat serasi di sana & happy2 selalu..
Sekarang ni sementara tak dok masuk kuarters lagi, kami 3 beranak berulang alik dari Bandar Baru Bangi (umah maklong - kakak baba).. kuar rumah letak di car seat ok ja ishraqi ni.. tak nangis lagi..tp yang cerdiknya, elok masuk ja pintu Putrajaya terus merengek macam tau2 ja... siann la anakandamamababa ni...

"Ya Allah Ya Rabbul Jalil... Engkaulah yang Maha Mengetahui segala isi hati kami... Kau peliharakanlah anakanda kami Muhammad Sidqi Ishraqi walau di mana saja dia berada.. Kau lindungi dan berkatilah kehidupannya Ya Rabb... Panjangkanlah umurnya dalam melaksanakan amanahMu sebagai Khalifah di muka bumi ini,penegak agamaMu Ya Ilahi... Kau tetapkanlah hatinya dalam mentaati perintahMu dan menjauhi segala laranganMu... Engkaulah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuknya.. aminn Ya Rabbal a'lamin"

Sunday, June 12, 2011

:: @ tempat baru PUTRAJAYA ::

Bismillahirrahmanirrahim...


Selamat kembali bertugas buat semua pendidik.. lama tidak mengupdate ..hari berganti hari ,bulan berganti bulan..kini rutin kehidupan kami 100% berubah.. berubah tempat,suasana,teman sekerja dll...


BABA : Dari JPJ Kuala Terengganu ke JPJ HQ Putrajaya Parcel D..


MAMA : Dari SK Ladang yang gemilang, murid seramai +-350 orang, guru & staff 40org...kini di SK Putrajaya Presint 9(1), murid 3x ganda 1000 lebih, guru & staff 70 lebih...


ISHRAQI : Dari rumah ma yang hanya bertemankan najihah, kini ke nurseri bertemankan ramai kawan serta cikgu wawa & cikgu aimi...


Ya ... segala2nya berubah... itulah lumrah kehidupan.. hidup ibarat roda ,kadang di bawah & kadangkala kita di atas.. walau apa2pun terjadi, hidup mesti diteruskan selagi nyawa dikandung badan .. semoga kehidupan akan datang akan terus memberi sinar kebahagiaan untuk kami sekeluarga, juga dilimpahkan rezeki & keberkatan sepanjang hayat...


Setinggi kesyukuran kehadrat yang Esa atas setiap nikmat & kemudahan yang Allah kurniakan.. setiap yang dihajati, Allah kurniakan.. syukur Ya Rabb.. semoga setiap nikmat yang Engkau kurniakan ini akan lebih mendekatkan diri kami padaMu Ya Ilahi, Rabbul Jalil...


Saturday, April 9, 2011

:: Gambang Water Park , Kuantan ::

Assalamualaikum... lama tak post entry.. bz bebenor.. harap semua sihat...
sesaje nak simpan kenangan di sini...

Bercuti tanpa dirancang... tetiba leh sampai di Gambang Water Park...
TQ buat Ija, Hashim atas layanan dan penginapan yang disediakan...

:: BUKIT GAMBANG WATER PARK ::
08 APRIL 2011
3.00 PM - 6.00 PM