CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

CintaHatiMamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, June 26, 2011

:: 2 minggu tinggalkan Terengganu ::

Assalamualaikum buat semua...

Jumaat Sabtu Ahad (24-26 Jun) yang lalu... mama,baba & Ishraqi kembali ke Terengganu setelah 2 minggu meninggalkan Bandaraya Persisiran Pantai itu... pulang dengan satu tujuan mengemas & meletakkan barang2 tersebut ke dalam 1 bilik kerana ada penghuni baru yang bakal menghuni di situ..
Oleh kerana penginapan di putrajaya ni belum mendapat kuncinya, maka barang2 milik abadi di Terengganu ni terpaksala dibiarkan menumpang di satu bilik itu.. (tumpang ye cik ika..tq)...

Perjalanan bermula jam 6.30 petang setelah tamatnya waktu ofis,balik solat, mandi dan berehat seketika..TQ tu Datin Hafiza & Dato' Shahril atas jasa baik kalian memberi ruang utk kami menumpang teduh buat sementara ini..hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya...shukran3...

Bertolak dah lewat, 2jam baru smpai r&r Genting Sempah.. sempatla makan jem di Ampang..huhhhh... rutin warga kota melalui jalan2 yang jem..
Dipendekkan cerita jam 9.30 pagi barulah kami 3 beranak selamat sampai di KIPSS K.Trg coz berenti tido di jalanan.. mata sangatlah mengantukkk....

Sesampai di KIPSS mandikan anakanda mamababa tu, dan berhajat utk menumpang di rumah ma seharian coz mamababa nak ngemas barang2 tu... andai dia turut serta mengemas, tak terkemas la rumah tu jawabnya...jutaan terima kasih utk ma sekeluarga kerana sudi mengasuh Sidqi seharian di hari Sabtu..

Alhamdulillah 6 petang semua barang selamat dikurungkan di bilik itu.. ribuan terima kasih juga utk paksu yang sudi menggembeling tenaga meringankan kerja2 kami... nanti lagi sekali nak minta tolong lagi ya paksu..toche toche...
Anak bertuah mamababa yang rajin... pandai plak tu menyapu nya...

Keesokkannya (Ahad).. kami ke PPD mengisi borang pengisytiharan keluar kuarters, ke Takaful Malaysia BIMB menghidupkan cukai jalan KCF3131..then baba ke JPJ, Ishraqi & mama ke sekolah... mengubat rindu buat kengkawan SKL.. makan2 borak2... kul 12 kembali ke teratak.. berehat,solat & bersiap2 utk pulang ke KL... tepat 1.35 petang, bismillahitawakkaltua'lallah kami memulakan perjalanan diiringi doa dan harapan moga sampai dengan selamatnya...

Sesi pen'gepong'an anakanda mamababa dalam kereta...
Habis cara dah nak suruh dok dendiam....
Abis tempat lain dikepong supaya tak ke depan kacau baba drive..
hujung nun plak dia panjat..huhuuu...

10.03 malam... Allamdulillah seperti yang diharapkan kami selamat sampai ke Bandar Baru Bangi dengan selamatnya...

"Syukur Ya Allah kerana telah memudahkan segala urusan kami...
semoga setiap yang kami lakukan sentiasa dibawah rahmat & barakah Mu..
kepadaMu sahaja layak utk segalanya"

No comments:

Post a Comment