CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

CintaHatiMamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, March 16, 2011

:: Bercuti di Kampung ::

Selamat bercuti untuk semua terutamanya para pendidik & anak2 yang dididik... semoga dapat memanfaatkan cuti sekolah dengan sebaiknya...

Alhamdulillah permusafiran yang mengambil masa hampir 10jam tiba dengan selamatnya di rumah tok pitah Naka +- jam 4 petang... seperti biasa sementara untuk membiasakan diri di tempat baru anakanda mamababa akan berteriakan beberapa minit....

Untuk makluman, sepanjang perjalanan itu telah berlaku 3 kemalangan yang telah menyebabkan 3 sekeluarga maut di Grik... kemalangan itu berlaku selepas beberapa km jalan itu kami lalui.. apabila berselisih dengan beberapa buah ambulan, bomba dan polis baru kami sedari kejadian itu berlaku.. kebetulan paklang fikri menelefon dan memaklumkan kejadian tersebut... innalillahiwainnailaihirajiun...semuanya diluar pengetahuan kita.. wallahua'lam...

Hari ini telah pun memasuki hari ke 6 bercuti di kampung, bermakna hanya berbaki 2 hari lagi cuti (- hari bertolak)..masyaAllah, sungguh pantas masa berlalu.. jadual bercuti sangatlah padat dengan ke hulu ke hilir bergilir rumah toktokwan naka & jitra dan berjaya menyelesaikan beberapa misi & visi .. alhamdulillah.. mengikut perancangan akan pulang ke teratak FirJah semula seawal pagi Sabtu.

Anakanda mamababa ni makin hari kadangkala makin meragam & berbagai2 kemahiran yang dia dapat.. baru toktokwan , tokcik dan semua tahu aktiviti & keaktifan anakanda pintar sorang ni... selamat berkenalan ya... hihi.. semua orang tegur : "eh dah kurus la Ishraqi "... YA... mmg diakui kekurusannya, mungkin berat pun dah turun ni.. makan pun mama rasa makin kurang ja...

Puas hati balik kali ni boleh jumpa semua mak2 & pak2 menakan, sepupu sepapat...harini maknjang sefamily dah kembali ke KL coz esok nak balik rumah nenek di N9 pulak..Esok di rumah tok Jitra ada kenduri, sempat jugak makan kenduri berlaukkan masakan kedah...ermm mmg sedap laa.. alhamdulillah rezeki...

* Sepetang bersama sepupu sepapat...

* Bersama abg anas dan abg umar sebelum berangkat pulang ke KL...



Allahuakbar, dengan KekuasaanMu Ya Rabb..Sejak kebelakangan ni cuaca agak tidak menentu mungkin kesan dari tsunami di Jepun.. kadang terik mentari yang amat sangat, dan harini hujan yang sangat lebat bertemankan guruh berdentum dentam serta kilat sabung menyabung yang kadangkala sgt menggerunkan.. dan mungkin ini pengalaman baru untuk anakanda mamababa laluinya... semoga anakanda mamababa membesar dgn sihat, ceria, pintar & jadi anak soleh penyejuk mata penawar hati mamababa dan semua yang menyayangimu sayang!!!

Ok , rasanya setakat ini dulu coretan buat kali ini.. jumpa lagi di lain entry.. maa'ssalamah wailalliqa'...

No comments:

Post a Comment