CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

CintaHatiMamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 5, 2012

:: 2 minggu di Naka, Seminggu di Jitra ::

Selamat petang semua...

Sementara kekanak berdua tu tido, mama plak tak dak keja nak buat..
mengadap kejap komputer wan ni..
Sekarang bercuti di umah wan & tok sebelah baba tanpa kehadiran baba..
sbb baba masih di putrajaya mencari rezeki utk kami sekeluarga..

Ikut perancangan Jumaat ni baba akan balik jemput kami untuk kembali ke teratak hari Isnin nanti..
2 minggu sudah bercuti di umah tok Naka..
Seminggu ni manfaatkan cuti di umah tok Jitra plak..

Kalau di Naka ..jarang sekali Ishraqi tido di siang hari sbb ada sepupu sepapat nak bermain..
tp di jitra, rutin hariannya sangat disiplin..jam 1/2 sudah syahid seketika..hihi..
Kalau di Naka malamnya akan tido lewat2 sbb meramaikan sepupu sepapat yg bermain..
tp di jitra sebelum jam 11 sudah beradu...

Malasnya nak menaip walaupun banyak benda nak cerita..
tengok gambar je la..huhu

                         Ishraqi menelaah kamus bersama wan...

                           Ishraqi baru balik ziarah tok nyang sebelah wan...

Ishraqi berbasikal ditemani & ditonton oleh dayang2nya..hihi

:: Cuti Akhir Tahun 2012 ::

Assalamualaikum pembuka bicara...
Lama tak menulis...
tiba2 rasa macam dah tak reti nak mengarang...
kwang3...
Selamat bercuti buat semua ...
Kami masih menghabiskan cuti di kampung halaman...
Sian tinggal baba sensorang di Putrajaya...

Minggu depan kita balik putrajaya ye baba...
Meneruskan misi untuk menghabiskan sisa2 cuti baba & mama ...

Adik dah bam2...

Ishraqi : "Rindu baba..sayang baba!!"

Saturday, September 15, 2012

:: Contest "RAYA BERSAMA HB QAISARA" ::

Assalamualaikum buat semua...
Moga kehidupan seharian kita sentiasa dilindungi,dipayungi & dirahmati ILAHI..insyaAllah...

Lepas touch-up2 blog ritu...x berkesempatan lagi nak mengupdate hinggalah saat ini..
tak dak apa yang nak diceritakan cuma satu dua memori nak disimpan disini...

Sejak ada gugirl sorang tu..macam2 mama shopping untuk dia...
kebetulan rambutnya tumbuh yang tidak memberangsangkan..kadang ada yang bertanya boy ke?haha..
ada gaya boboy ke si gugirl mama ni???
so ..sejak dari tu baba telah peruntukkan rm100 untuk shopping Headband Qaisara..
so apa lagi...terjuling la mata memilih headband (hb) yang cantik2 bangat tu..

Bila dah dapat hb2 tu..tunggu apa lagi bergaya sakan la si gugirl mama tu..kebetulan plak time order tu dekat2 nak raya..so leh bergaya di hari raya bersama hb Qaisara..
Tak ketinggalan jugak utk sepupu2nya yang lain..so mama order Spikey Daisy Cream untuk pakai sedondon..

Bersempena hari raya dan buat pertama kalinya Qaisara Headband te;ah mengadakan Contest "RAYA BERSAMA HEADBAND QAISARA"
Pemenang 1 2 3 dikira mengikut LIKE yang paling banyak...
di samping tu ada jugak hadiah utk kategori lain yang dipilih oleh QH sendiri..
Tempoh memancing LIKE selama 5 hari...

 bermula 1-5 September 2012..

"Man Jadda Wa Jada" - "sesiapa yang bersungguh2 pasti berjaya"

hihi...atas kesungguhan mama & kerabat2nya memancing undi ..
akhirnya pic 3 kembar lain mak lain ayah tu telah mendapat tempat PERTAMA...
3 kembar yang menggayakan hb spikey daisy cream & baju merah sedondon hadiah dari maklong..


Diikuti pic bb Maryam tempat KEDUA..

dan gambar family Insyirah menggayakan hb Purple mendapat tempat KETIGA...

Alhamdulillah rezeki...leh la shopping hb lagi dengan jumlah hadiah Pertama (rm60) + Ketiga (rm40) = rm100.. 
Tq Qaisara anjurkan contest ni...
Dan
TQVM jugak buat semua saudara mara,kengkawan & kenalan FB yang sudi meng"LIKE" pic2 tersebut..
Terima kasih jugak utk kerabat2ku yang sudi meluangkan masa mengasah skill memancing masing2..hehe..
Contest yang enjoy & melucukan sangat sepanjang 5 hari memancing LIKE...

ok...stop dulu...jumpa lagi di lain entry...

Thursday, August 30, 2012

:: SALAM LEBARAN 1433H / 2012M ::




Salam Aidilfitri buat semua sanak saudara..sahabat handai..rakan taulan..rakan2 seperjuangan serta sesiapa sahaja yang mengenali kami... dengan ucapan...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H
MAAF ZAHIR & BATIN


Ingatan Tulus Ikhlas dari kami :
Firdaus, Khadijah, Sidqi Ishraqi & Salsabila Insyirah

Monday, April 30, 2012

:: Nur Salsabila Insyirah binti Muhammad Firdaus ::

Assalamualaikum...
Sudah berbulan tidak mengupdate...

Sekadar memperkenalkan ahli baru dalam family kami..
kini kami sudah berempat ALHAMDULILLAH atas kurnianMu Ya Rabb

Pada : 21 April 2012 bersamaan 29 JamadilAwal 1433
Hari : Sabtu
Jam : 10.15 pagi
Tempat : Hospital Putrajaya
Di bawah seliaan : Dr Hamidah

Maka lahirlah puteri yang ditunggu..
Berat Lahir : 3.18 kg
Panjang : 51 cm
Lilitan Kepala : 35 cm

dan telah diberi nama
NUR SALSABILA INSYIRAH

beberapa jam selepas dilahirkan

hari ke 10 - 30042012








Saturday, December 31, 2011

:: Ahlan Wasahlan 2012 ::

Assalamualaikum... moga di bawah lembayung rahmatNya..

Plan esok 01012012 nak bawa Ishraqi jenjalan KLCC terpaksa dibatalkan coz cik bah & cik lan nak datang umah.. so petang td bawa dia main2 @ playground komplek kejiranan p9..
suka benar dia boleh main2, sampai tak nak balik ..



Balik umah makan2..main2..8.30 mlm dah tido..keletihan agaknya..

Beberapa jam je lagi kita akan melangkah ke 2012.. semoga apa yang dihajati pada 2011 telah tercapai & apa yang di azamkan pada 2012 juga akan berjalan lancar.. insyaAllah...
Apa2 pun semuanya ketentuanNya...
Kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha, bertawakkal & berdoa...



"SELAMAT TAHUN BARU 2012" buat semua..

Tuesday, December 27, 2011

:: Hari-hari terakhir @ Dua Kosong Satu Satu ;;

Bismillahirahmanirrahim....
semoga semuanya sihat dan dirahmati Allah selalu..
Lama benar tidak mengupdate blog...
kini kita hampir menghampiri penghujung 2011...
pelbagai kenangan n peristiwa suka n duka dilalui sepanjang thn ini..
semoga segala yang kita telah lakukan mndapat barakah n rahmat darinya, moga terampun segala dosa2....

2812201
Anakanda mamababa menjejakkan kaki ke nurseri baru @ cendekiawan educare p9...
harap2nya anakanda mamababa serasi di sana dan dapat menimba ilmu yang lebih lagi dari guru2 cendekiawan educare..

30122011
Semalam mamababa sempat bawa Ishraqi jalan2 di i-city Shah Alam... hajat nak masuk snowalk tak kesampaian coz ibu hamil & kanak2 di bawah usia 3 tahun tak dibernarkan masuk ..
so jalan2 je la & bawa ishraqi main kt tempat kanak2 tu jer...
yang pasti rasa macam serik dah nak g pulak..
kaki lenguh yang amat coz parking sangat lah jauh ..
manusia serata alam jejak kaki ke sana sempena "karnival sayangi Selangor"..
tempat & lampu2nya sangat lah cun...





31122011
InsyaAllah harini tak ke mana..di rumah saja merehatkan badan yang keletihan...
InsyaAllah esok 01012012 akan bawa Ishraqi ke KLCC tapi bukan dgn kereta sebaliknya dengan pengangkutan awam ERL & LRT .. saje jenjalan sementara masih lagi bercuti ni..
Semoga semuanya selamat & mendapat rahmay dariNya...