Saturday, January 29, 2011
:: Muzik Tema TV3 & TV9 ::
Sunday, January 23, 2011
:: Syabasss BABA Ishraqi ::
Salam hari Isnin buat semua...
Semoga semua di bawah rahmat dan perlindungan Yang Esa...
Hasrat mama untuk merasmikan CRK 2011 terbatal apabila baba mengambil keputusan untuk mengambil cuti dan menjaga sang comel itu.. hehe.. TQ baba kerana telah menjimatkan cuti mama...
So Jumaat lepas cuba nak train si comel anak soleh tu duduk dengan baba sepagi, mama keluar jumpa pokcik MYDIN utk bershopping barangan keperluan harian.. cerdik betul si cilik ni.. macam tau2 ja mama tak dak....time mama kuar tu kul 9 dia tido... kul 12 mama balik dia still tido.. dengan baba pun sekali syahid bersama... so training tak menjadi la.. kalau nnti tido macam tu gak lega la.. alhamdulillah mudah la baba jaga...
So harini Isnin 24012011.. masa itu tiba jua akhirnya... seawal 7.05 pagi mama keluar ke sekolah..
siap masak untuk bekalan baba...
siap masak bubur untuk si soleh itu...
siap mandikan si comey tu dengan air suam..
So baba rilek je.. just main dgn dia sampai keletihan, suapkan bubur dan minum susu.. dan tidurkan dia apabila tiba rutinnya untuk beradu iaitu jam 8.30..
Td 8.20 pagi baba membuat laporan bahawa... sang comey tu sudah tido seusai disuapkan bubur nasi dan susu.. tp makan sikit jer..
Apa2pun SYABASSSSSSS baba... kerana telah mendapat pengiktirafan BABA MITHALI harini kerana berjaya mengasuh sang comel itu...
Semalam dah berbisik meninggalkan pesan buat sang comel mama baba tu : "Anak soleh mama baba Ishraqi, esok ma tak dak sbb ma balik kelantan. Esok Ishraqi duduk dengan baba nah.. mama nak p sekolah.. Ishraqi dok elok2 dengan baba.. jangan ghiau... main2 dgn baba.. pastu makan , tido.. 1.30 mama balik jumpa Ishraqi pulak ye sayang.."
Ok.. setakat ini dulu cerita hari ini...
Terima Kasih buat Habibi yang berkorban menjaga sang comel mama baba tu...
Mama sayang baba & Ishraqi so muchhh !!!
Wednesday, January 19, 2011
:: Memperkenalkan.... Ma Ishraqi ::
Monday, January 17, 2011
:: Ishraqi ke sekolah lagi ::

Sunday, January 16, 2011
:: Ishraqi & Masjid Kristal ::
Wednesday, January 12, 2011
:: Tepuk amai-amai & remote control ::
Salam hari khamis buat semua..
Sekejap jer dah hari khamis.. yeay!! esok jumaat Ishraqi tak yah g umah ma.. esok seharian boleh main dgn mamababa...
Sejak 8 bulan ni dah macam2 kemahiran yg ishraqi dapat..
(Ayat buku rekod p&P) Di akhir pelajaran & pembelajaran, Ishraqi dapat :
* Tepuk amai-amai
* Give me 5
* Babai
Terima kasih utk ma yang sudi menjaga Ishraqi seharian setiap hari persekolahan...
Kelmarin kul 6 petang Ishraqi sudah syahid.. Ishraqi mama ni cerdik, pandai & paham memahami & mengikut arahan.. waktu mama nyusukan Ishraqi mama ada pesan "Ishraqi tido awal skit rini ye coz mama nak kena siapkan buku rekod pengajaran mama, esok dah nak kena antar".. selalunya kul 7 @ 8 Ishraqi tido...
So, sesudah mandi & makan, main kejap.Pastu mama nyusukan Ishraqi terus anak mamababa yg soleh ni tido.. alhamdulillah sempat jugak mama siapkan buku rekod. TQ sayang mamababa...
Dah awal tidonya, maka jaga pagi pun awal la jugak...selalu kul 6 bangun utk bersiap2 nak ke umah ma.. tp rini awal bagun.Kul 5 dah bangun. Semalam macamna baba boleh bawa remote TV letak atas katil.. so apalagi keja anak mamababa ni pagi tadi kalau tak main remote tu.. kalau main saja tak pe.. masalahnya, diambiknya remote tu dan ketuk2 ke muka mama... adussss!!! mau kena marah dgn mama sekali awal2 pagi tadi.. huhu ciannn budak bucuk tu...
Oklaaa sekian cerita suka-suki utk hari ni... jumpa lagi...
Sunday, January 9, 2011
:: Ishraqi ke sekolah mama awal Januari 2011 ::
Wednesday, January 5, 2011
:: Salam Tahun Baru ::
Salam Tahun Baru buat semua ...
Moga 2011 akan membawa sinar bahagia buat kita semua...
Bermulanya tahun baru beerti akan bertambahlah usia kita.. Semoga saki baki usia kita ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya...
29 Dis 2010 sebelum memasuki tahun baru 2011, penyeri hidup mama baba ni sudah pun genap 8 bulan.. cepat sungguh masa berlalu... Moga anakanda Muhammad Sidqi Ishraqi membesar dgn sihat & jadi anak soleh ye sayang!!