CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

CintaHatiMamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, January 29, 2011

:: Muzik Tema TV3 & TV9 ::

Assalamualaikum semua...

Moga tok tokwan dan semua yang sentiasa mengikuti cerita Sang Penghibur nan seorang itu sihat wala'fiat dan sentiasa dibawah lembayung rahmat Ilahi... InsyaAllah...

Dah seminggu lebih mama tak sempat nak mengupdate cerita suka suki si comel mamababa tu.. macam2 perkara telah menjadi memori seminggu yang lalu...

Entry kali ni sekadar bercerita tentang "kegemaran" si comel anak soleh mamababa tu.. Mamababa terperasan dengan "kegemaran" Ishraqi iaitu :

Muhammad Sidqi Ishraqi sangat meminati Muzik Tema TV3 & TV9 :

Tangisan si comel mamababa akan terhenti apabila... kedengaran MUZIK TEMA TV3 & TV9.
Kunyahan makanan si comel mamababa akan terhenti apabila... kedengaran MUZIK TEMA TV3 & TV9.
Kemengantukan mata si comel mamababa kembali cerah apabila... kedengaran MUZIK TEMA TV3 & TV9.

Dan ada sekali tu... tengah tido tiba2 kedengaran MUZIK TEMA TV9.. si comel mamababa bangun meniarap dan jenguk kepala tengok ke TV... sangatla lucu wahai Sang Penghibur hati mamababa..memang terhibur...

Terima Kasih Ya Allah atas pemberian & pinjamanMu amanah ini buat kami.. semoga amanah ini dapat dijaga, dididik menjadi khalifah yang soleh bagi menegakkan Ad-DinMu Ya Rabb.. aminn..


No comments:

Post a Comment