Perjalanan bermula jam 6.30 petang setelah tamatnya waktu ofis,balik solat, mandi dan berehat seketika..TQ tu Datin Hafiza & Dato' Shahril atas jasa baik kalian memberi ruang utk kami menumpang teduh buat sementara ini..hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya...shukran3...
Sunday, June 26, 2011
:: 2 minggu tinggalkan Terengganu ::
Perjalanan bermula jam 6.30 petang setelah tamatnya waktu ofis,balik solat, mandi dan berehat seketika..TQ tu Datin Hafiza & Dato' Shahril atas jasa baik kalian memberi ruang utk kami menumpang teduh buat sementara ini..hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya...shukran3...
Tuesday, June 14, 2011
:: Kesian tomey mamababa itu!!! ::
Assalamualaikum buat semua.. moga sihat selalu hendaknya..
Kalau dulu bangun pagi happy ja nak g umah ma, sampai umah ma pun ceria .. tp skrg bangun pagi wat perangai dah seolah2 nak khabarkan bahawa "mama... ishraqi tak nak g nurseri"....
Tapi, tak dapat tidak terpaksa la mamababa antar jugak kerana tiada pilihan lain la sayang.. hari2 mendoakan dengan harapan tomey mamababa ni cepat serasi di sana & happy2 selalu..
Sekarang ni sementara tak dok masuk kuarters lagi, kami 3 beranak berulang alik dari Bandar Baru Bangi (umah maklong - kakak baba).. kuar rumah letak di car seat ok ja ishraqi ni.. tak nangis lagi..tp yang cerdiknya, elok masuk ja pintu Putrajaya terus merengek macam tau2 ja... siann la anakandamamababa ni...
"Ya Allah Ya Rabbul Jalil... Engkaulah yang Maha Mengetahui segala isi hati kami... Kau peliharakanlah anakanda kami Muhammad Sidqi Ishraqi walau di mana saja dia berada.. Kau lindungi dan berkatilah kehidupannya Ya Rabb... Panjangkanlah umurnya dalam melaksanakan amanahMu sebagai Khalifah di muka bumi ini,penegak agamaMu Ya Ilahi... Kau tetapkanlah hatinya dalam mentaati perintahMu dan menjauhi segala laranganMu... Engkaulah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuknya.. aminn Ya Rabbal a'lamin"
Sunday, June 12, 2011
:: @ tempat baru PUTRAJAYA ::
Bismillahirrahmanirrahim...
Selamat kembali bertugas buat semua pendidik.. lama tidak mengupdate ..hari berganti hari ,bulan berganti bulan..kini rutin kehidupan kami 100% berubah.. berubah tempat,suasana,teman sekerja dll...
BABA : Dari JPJ Kuala Terengganu ke JPJ HQ Putrajaya Parcel D..
MAMA : Dari SK Ladang yang gemilang, murid seramai +-350 orang, guru & staff 40org...kini di SK Putrajaya Presint 9(1), murid 3x ganda 1000 lebih, guru & staff 70 lebih...
ISHRAQI : Dari rumah ma yang hanya bertemankan najihah, kini ke nurseri bertemankan ramai kawan serta cikgu wawa & cikgu aimi...
Ya ... segala2nya berubah... itulah lumrah kehidupan.. hidup ibarat roda ,kadang di bawah & kadangkala kita di atas.. walau apa2pun terjadi, hidup mesti diteruskan selagi nyawa dikandung badan .. semoga kehidupan akan datang akan terus memberi sinar kebahagiaan untuk kami sekeluarga, juga dilimpahkan rezeki & keberkatan sepanjang hayat...
Setinggi kesyukuran kehadrat yang Esa atas setiap nikmat & kemudahan yang Allah kurniakan.. setiap yang dihajati, Allah kurniakan.. syukur Ya Rabb.. semoga setiap nikmat yang Engkau kurniakan ini akan lebih mendekatkan diri kami padaMu Ya Ilahi, Rabbul Jalil...