CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

CintaHatiMamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, April 9, 2011

:: Gambang Water Park , Kuantan ::

Assalamualaikum... lama tak post entry.. bz bebenor.. harap semua sihat...
sesaje nak simpan kenangan di sini...

Bercuti tanpa dirancang... tetiba leh sampai di Gambang Water Park...
TQ buat Ija, Hashim atas layanan dan penginapan yang disediakan...

:: BUKIT GAMBANG WATER PARK ::
08 APRIL 2011
3.00 PM - 6.00 PM




Saturday, March 19, 2011

:: Selamat Ulang Tahun Si Manja April ::

Assalamualaikum pembuka bicara... semoga semuanya sihat wala'fiat..

Sekadar memori yang boleh diabadikan... rezeki Ishraqi..

Atas kerajinan mama .. beberapa keping gambar telah dicuci & beberapa borang daripada majalah Pa&Ma telah diisi dan diposkan ke Editor Karangkraf Pa&Ma bulan 2 yang lalu...

Alhamdulillah rezeki Ishraqi, gambar anakanda mamababa telah dipilih untuk ruangan dedikasi "Selamat Ulang Tahun Si manja April" iaitu pada 29 April 2011 ... TQ to editor Pa&Ma ..

Wednesday, March 16, 2011

:: Bercuti di Kampung ::

Selamat bercuti untuk semua terutamanya para pendidik & anak2 yang dididik... semoga dapat memanfaatkan cuti sekolah dengan sebaiknya...

Alhamdulillah permusafiran yang mengambil masa hampir 10jam tiba dengan selamatnya di rumah tok pitah Naka +- jam 4 petang... seperti biasa sementara untuk membiasakan diri di tempat baru anakanda mamababa akan berteriakan beberapa minit....

Untuk makluman, sepanjang perjalanan itu telah berlaku 3 kemalangan yang telah menyebabkan 3 sekeluarga maut di Grik... kemalangan itu berlaku selepas beberapa km jalan itu kami lalui.. apabila berselisih dengan beberapa buah ambulan, bomba dan polis baru kami sedari kejadian itu berlaku.. kebetulan paklang fikri menelefon dan memaklumkan kejadian tersebut... innalillahiwainnailaihirajiun...semuanya diluar pengetahuan kita.. wallahua'lam...

Hari ini telah pun memasuki hari ke 6 bercuti di kampung, bermakna hanya berbaki 2 hari lagi cuti (- hari bertolak)..masyaAllah, sungguh pantas masa berlalu.. jadual bercuti sangatlah padat dengan ke hulu ke hilir bergilir rumah toktokwan naka & jitra dan berjaya menyelesaikan beberapa misi & visi .. alhamdulillah.. mengikut perancangan akan pulang ke teratak FirJah semula seawal pagi Sabtu.

Anakanda mamababa ni makin hari kadangkala makin meragam & berbagai2 kemahiran yang dia dapat.. baru toktokwan , tokcik dan semua tahu aktiviti & keaktifan anakanda pintar sorang ni... selamat berkenalan ya... hihi.. semua orang tegur : "eh dah kurus la Ishraqi "... YA... mmg diakui kekurusannya, mungkin berat pun dah turun ni.. makan pun mama rasa makin kurang ja...

Puas hati balik kali ni boleh jumpa semua mak2 & pak2 menakan, sepupu sepapat...harini maknjang sefamily dah kembali ke KL coz esok nak balik rumah nenek di N9 pulak..Esok di rumah tok Jitra ada kenduri, sempat jugak makan kenduri berlaukkan masakan kedah...ermm mmg sedap laa.. alhamdulillah rezeki...

* Sepetang bersama sepupu sepapat...

* Bersama abg anas dan abg umar sebelum berangkat pulang ke KL...



Allahuakbar, dengan KekuasaanMu Ya Rabb..Sejak kebelakangan ni cuaca agak tidak menentu mungkin kesan dari tsunami di Jepun.. kadang terik mentari yang amat sangat, dan harini hujan yang sangat lebat bertemankan guruh berdentum dentam serta kilat sabung menyabung yang kadangkala sgt menggerunkan.. dan mungkin ini pengalaman baru untuk anakanda mamababa laluinya... semoga anakanda mamababa membesar dgn sihat, ceria, pintar & jadi anak soleh penyejuk mata penawar hati mamababa dan semua yang menyayangimu sayang!!!

Ok , rasanya setakat ini dulu coretan buat kali ini.. jumpa lagi di lain entry.. maa'ssalamah wailalliqa'...

Wednesday, March 9, 2011

:: Balik Kampung !!! ::

Assalamualaikum...

Lama benar tidak mematrikan cerita sang penghibur hati nan seorang itu...

Alhamdulillah anakanda sudah mencapai usia 10 bulan lebih & membesar dgn sihat, ceria lagi bijaksana... nak kata membesar bagaikan juara, tidak jugak coz badan makin kurus ja mamababa tengok.. tp apa2pun alhamdulillah sihat wala'fiat.

Macam2 kemahiran yang dah dikuasainya,alhamdulillah... mengikut pemerhatian mamababa sang penghibur hati ini cepat mengingat @ pendek kata "cepat tangkap".. ajar sekali dua dah ingat..

Sekarang :

bila ditanya mana lidah?? lidahnya yang cantik itu akan dijelir...

Mana kaki?? kakinya akan digoyang2...

Mana telinga?? telinganya akan ditarik2...

Mana lampu, kipas, pokok, pintu dan benda2 sekeliling... dia akan menunjuk kearah apa yang ditanya sambil mulut berbunyi2 memberitahu dgn bahasa yang difahaminya sendiri... BIJAK BIJAK anak mamababa ni.. alhamdulillah...

Paling kagum apabila memerhati cara anak nomey mamababa ni membelek2 & membaca majalah.. lagaknya seperti orang dewasa... so cute laaa bebeh!! Majalah Pa&Ma kesayangan mama edisi Mac telah menjadi mangsanya.. cover majalah sudah "yellek" dalam tong sampah.. tinggal isinya saja... dibelek2 majalah tu dan kekadang dikoyaknya sesuka hati... tp paling mencuit hati sekali apabila majalah diselak dan ada gambar baby .. automatik si nomey mamababa ni akan cium ke gambar tersebut dan menunjuk2 sambil bercakap dalam dgn laras bahasanya... alhamdulillah perkembangan yang sangat bagus sayang!!!

enap usia 10 bulan terus si nomey mamababa ni pandai merangkak dgn jitunya tanpa henti... dan sekarang proses nak berdiri... masih lg berdiri sambil memegang kerusi, dinding, walker dll...

Pada 26 Februari yang lalu buat kedua kalinya Ishraqi dapat bertemu muka bersama ammu shahril.. kebetulan ammu shahril ada tugasan di negeri pantai timur yang kaya dengan lautan ini.. ammu shahril sempat bermalam dan keesokkannya Ishraqi menghantar ammu ke G'rimbun @ pantai merang... jemput datang lagi ye ammu , jgn lupa nanti bawa abg ammar,abg adam dan maklong k...

Setelah sekian lama hampir 3 bulan mamababa & Ishraqi tidak pulang ke kampung halaman, alhamdulillah dengan nikmat kelapangan masa ini bersempena cuti sekolah mamababa & Ishraqi bercadang utk bercuti di Kedah selama seminggu +- 9 hari.. insyaAllah akan bertolak seawal pagi esok (jumaat 11032011) sesudah subuh.. insyaAllah... doakan perjalanan kami selamat pulang bercuti dan selamat kembali bertugas 20032011..

Saturday, February 19, 2011

:: Ishraqi & Studio TOKYO ::

Assalamualaikum..

Semoga semuanya di bawah lembayung rahmat Ilahi, sihat wala'fiat dan ceria2 selalu...
Alhamdulillah Misi Visi mamababa & Ishraqi berjaya...

Dengan rezeki dan keizinanNya...
Pada 12 Februari 2011
Hari Ahad
Lebih kurang jam 12.00 tghari mamababa bawa Ishraqi ke Kedai Gambar Tokyo KT...

Misi & visi masih dirahsiakan sehingga 24 & 25 Februari 2011...

Setelah 4 hari diproses & diedit2.... inilah hasilnya....







ok.. sekian dulu...

Tuesday, February 8, 2011

:: Minggu yang tersangat bzzzzz ::

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim memulakan bicara..

Diharap semua berada dalam lindungan Allah s.w.t & sentiasa diberi nikmat kesihatan yang sempurna.. syukur alhamdulillah..

Huhhh.. lama benar tidak mengupdate cerita suka-suki sang penghibur hati itu.. kerana terlalu kebizian dengan rutin & tanggungjawab harian..

Tahun ni mama dilantik sebagai guru data @ AJK SMM (Sistem Maklumat Murid).. so, biasala awal2 tahun ni mmg bz la nak mengupdate data murid2... td mama baru balik dari meeting SMM di SMK Seri Budiman. Banyak lagi tak siap & nak hantar dengan kadar segera... so dah try buat yang termampu.

Kelmarin ada aktiviti Ko 1.30-3.30ptg..then sambung "1 Murid 1 Sukan" 3.30-4.30ptg... balik ambik si nomey tu antar ke teratak ..baba jaga kejap coz mama kena gi ambik budak catur di SMK Padang Negara kul 6 dan antar ke sekolah...

*baba melayan si nomey jalan2 di kawasan kuarters..

7.00 malam : Mandi,solat & layan jap si penghibur hati tu dan tidurkan dia..then 9.00mlm ada meeting kuarters plak di bawah blok.. kul 11.00mlm baru abis meeting...

**************************************************************************************

Harini Rabu - 09022011.. mama kena gi meeting SMM 8.30-10.00pg..
then 2.00ptg amik budak catur di tempat kelmarin SMK Padang Negara...
kul 3.00ptg ada meeting Kuarters dan sesi dialog bersama PPD di SK sultan Sulaiman 2..
Siap meeting baru blh g amik si nomey mamababa tu... cian diaaa....

Al yaum... Sang penghibur hati mamababa dah 9 bulan setengah.. dah pandai macam2. Awal bulan Feb si nomey mamababa demam.. rupanya deman nak tumbuh gigi .. bukan itu jer,macam2 kemahiran si nomey mamababa dapat antaranya :

* Tumbuh gigi 2 di bawah
* Duduk dengan sendirinya (tanpa bantuan)
* Merangkak
* Berdiri

Alhamdulillah syukur atas kurniaanNya...
Moga sang penghibur hati mamababa membesar dengan sihat,pintar, jadi anak soleh ye sayang...!!!
Ok stop dulu... mau pergi meeting dgn PPD...
bye... tata ...

Saturday, January 29, 2011

:: Muzik Tema TV3 & TV9 ::

Assalamualaikum semua...

Moga tok tokwan dan semua yang sentiasa mengikuti cerita Sang Penghibur nan seorang itu sihat wala'fiat dan sentiasa dibawah lembayung rahmat Ilahi... InsyaAllah...

Dah seminggu lebih mama tak sempat nak mengupdate cerita suka suki si comel mamababa tu.. macam2 perkara telah menjadi memori seminggu yang lalu...

Entry kali ni sekadar bercerita tentang "kegemaran" si comel anak soleh mamababa tu.. Mamababa terperasan dengan "kegemaran" Ishraqi iaitu :

Muhammad Sidqi Ishraqi sangat meminati Muzik Tema TV3 & TV9 :

Tangisan si comel mamababa akan terhenti apabila... kedengaran MUZIK TEMA TV3 & TV9.
Kunyahan makanan si comel mamababa akan terhenti apabila... kedengaran MUZIK TEMA TV3 & TV9.
Kemengantukan mata si comel mamababa kembali cerah apabila... kedengaran MUZIK TEMA TV3 & TV9.

Dan ada sekali tu... tengah tido tiba2 kedengaran MUZIK TEMA TV9.. si comel mamababa bangun meniarap dan jenguk kepala tengok ke TV... sangatla lucu wahai Sang Penghibur hati mamababa..memang terhibur...

Terima Kasih Ya Allah atas pemberian & pinjamanMu amanah ini buat kami.. semoga amanah ini dapat dijaga, dididik menjadi khalifah yang soleh bagi menegakkan Ad-DinMu Ya Rabb.. aminn..