CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

CintaHatiMamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, April 30, 2012

:: Nur Salsabila Insyirah binti Muhammad Firdaus ::

Assalamualaikum...
Sudah berbulan tidak mengupdate...

Sekadar memperkenalkan ahli baru dalam family kami..
kini kami sudah berempat ALHAMDULILLAH atas kurnianMu Ya Rabb

Pada : 21 April 2012 bersamaan 29 JamadilAwal 1433
Hari : Sabtu
Jam : 10.15 pagi
Tempat : Hospital Putrajaya
Di bawah seliaan : Dr Hamidah

Maka lahirlah puteri yang ditunggu..
Berat Lahir : 3.18 kg
Panjang : 51 cm
Lilitan Kepala : 35 cm

dan telah diberi nama
NUR SALSABILA INSYIRAH

beberapa jam selepas dilahirkan

hari ke 10 - 30042012








Saturday, December 31, 2011

:: Ahlan Wasahlan 2012 ::

Assalamualaikum... moga di bawah lembayung rahmatNya..

Plan esok 01012012 nak bawa Ishraqi jenjalan KLCC terpaksa dibatalkan coz cik bah & cik lan nak datang umah.. so petang td bawa dia main2 @ playground komplek kejiranan p9..
suka benar dia boleh main2, sampai tak nak balik ..



Balik umah makan2..main2..8.30 mlm dah tido..keletihan agaknya..

Beberapa jam je lagi kita akan melangkah ke 2012.. semoga apa yang dihajati pada 2011 telah tercapai & apa yang di azamkan pada 2012 juga akan berjalan lancar.. insyaAllah...
Apa2 pun semuanya ketentuanNya...
Kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha, bertawakkal & berdoa...



"SELAMAT TAHUN BARU 2012" buat semua..

Tuesday, December 27, 2011

:: Hari-hari terakhir @ Dua Kosong Satu Satu ;;

Bismillahirahmanirrahim....
semoga semuanya sihat dan dirahmati Allah selalu..
Lama benar tidak mengupdate blog...
kini kita hampir menghampiri penghujung 2011...
pelbagai kenangan n peristiwa suka n duka dilalui sepanjang thn ini..
semoga segala yang kita telah lakukan mndapat barakah n rahmat darinya, moga terampun segala dosa2....

2812201
Anakanda mamababa menjejakkan kaki ke nurseri baru @ cendekiawan educare p9...
harap2nya anakanda mamababa serasi di sana dan dapat menimba ilmu yang lebih lagi dari guru2 cendekiawan educare..

30122011
Semalam mamababa sempat bawa Ishraqi jalan2 di i-city Shah Alam... hajat nak masuk snowalk tak kesampaian coz ibu hamil & kanak2 di bawah usia 3 tahun tak dibernarkan masuk ..
so jalan2 je la & bawa ishraqi main kt tempat kanak2 tu jer...
yang pasti rasa macam serik dah nak g pulak..
kaki lenguh yang amat coz parking sangat lah jauh ..
manusia serata alam jejak kaki ke sana sempena "karnival sayangi Selangor"..
tempat & lampu2nya sangat lah cun...





31122011
InsyaAllah harini tak ke mana..di rumah saja merehatkan badan yang keletihan...
InsyaAllah esok 01012012 akan bawa Ishraqi ke KLCC tapi bukan dgn kereta sebaliknya dengan pengangkutan awam ERL & LRT .. saje jenjalan sementara masih lagi bercuti ni..
Semoga semuanya selamat & mendapat rahmay dariNya...

Sunday, September 4, 2011

:: Hadiah Ramadhan & anniversary yg ke 5 ::

Assalamualaikum & Salam Lebaran buat semua... semoga Aidilfitri kali ini memberi 1001 kenangan & kemenangan utk kita, dan semoga kita terus dipanjangkan usia untuk menjadi tetamu Ramadhan akan datang..InsyaAllah...



2 SEPTEMBER 2011

Genaplah 5 tahun usia perkahwinan baba&mama ... cepatnya masa berlalu... Ishraqi pun sudah mencecah 1 tahun 4 bulan & Ishraqi sentiasa mendoakan kesejahteraan mamababa.. semoga keluarga kita terus diberi rahmah & kasih sayang yang berpanjangan & berkekalan dari Yang Maha Penyayang ... dan moga terus kekal hingga ke syurga..aminn..



Mamababa tentu masih ingat kenangan & hadiah serta nikmat yang paling terindah & berharga ketika sambutan ulangtahun perkahwinan yang ke 3 (02092009) dulu kan... esoknya, 03092009 mama disahkan hamil 5minggu setelah 3 tahun menunggu .. MasyaAllah Subhanallah hanya Dia yang tahu betapa gembiranya mamababa saat itu apabila hadirnya Ishraqi di dalam rahim mama kan..



2 tahun kemudian .... 2011



Sambutan ulangtahun yang ke 5 ni mengingatkan kembali mamababa pada kenangan lalu .. betapa Allah itu Maha Kaya & Maha Mendengar setiap doa & permintaan hambanya...

Sekali lagi mamababa dianugerahkan nikmat & hadiah yang sangat berharga sempena ulangtahun yang ke 5 ini seperti 2 tahun lepas...



Allahuakbar!!! MasyaAllah tiada kata yang dapat mamababa lafazkan kecuali Alhamdulillah dan syukur atas kurnianNya...Semoga dengan kurniaan nikmat ini akan lebih mendekatkan mamababa serta Ishraqi dengan Yang Maha Perkasa... apa2pun masih terlalu awal & harapan tetap sama, semoga "adik" Ishraqi membesar dengan sihat, sempurna & selamat hingga akhirnya ..



"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam".



"Ya Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang... ampunkanlah segala dosa2 kami selama mana hayat kami ini Ya Rabb..

Ya Allah Yang Maha Kaya... Syukur yang tidak terhingga atas setiap nikmatMu untuk kami kecapinya siang & malam.. walaupun kadangkala kami ini sentiasa lalai denganMu..Engkau tetap menganugerahkan segala nikmat buat kami ya Allah...

Ya Allah Yang Maha Agung , Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu Kau peliharalah setiap nikmat yang Engkau berikan kepada kami ini.. Lindungilah kami & jauhilah kami dari azab api neraka"



Saturday, July 30, 2011

:: Selamat menunaikan Ibadah Puasa ::

Assalamualaikum dan salam ramadhan kareem...
Lagi sehari kita akan menyambut bulan yang mulia, bulan yang hadirnya ditunggu2 & pemergiannya ditangisi...
Semoga kita semua dipanjangkan umur & dapat melalui Ramadhan 1432h ini dengan jayanya...
Ya Allah panjangkanlah umur kami... semoga Ramadhan kali ini akan memberikan keinsafan bagi kami agar dapat dan terus meningkatkan amal ibadah kami keranaMu Ya Rabb...

Buat semua muslimin & muslimat ...
diucapkan...
SELAMAT BERPUASA & SELAMAT BERTARAWIH


Thursday, July 21, 2011

:: Ishraqi & hobi-hobi ::

Assalamualaikum... selamat malam buat semua, moga nikmat kesihatan yang dianugerahkan ini dapat kita kecapi hingga akhirnya.. aminn...

Entry saya untuk kali ini just nak berkongsi hobi saya & sekadar memahatkan ia di sini...mungkin suatu hari nanti,bila dah besar dan sekiranya blog ini masih wujud,bolehlah saya mengimbau kembali sejarah kehidupan saya di zaman kanak2 ni kan..hihi.. mesti lucu ja bila diingat kembali..
Saya ni masih kekanak yang bakal menjangkau usia 1 tahun 3 bulan pada 29 Julai nanti.. so sekarang ni saya suka tiru je apa yang saya nampak didepan mata.. ni kira hobi la kan.. sebab pantang je ada saya akan buat...
okeh... di bawah ni saya selitkan hobi2 saya bersama2 bukti yang ada..hihi...

* Suka tiru cara baba jalan...
Awal2 dulu saya selalu tengok baba jalan tangan letak belakang, pastu apa lagi saya tiru la.. rasa macam bos je jalan macam ni kan.. hihi...

* Suka tolong mama menyapu sampah..
pantang nampak penyapu & penyodok, saya akan buat macamana saya nampak mama saya buat..
.

* Suka tiru hobi mama... "pukul gambo (kata org negeri kelahiran saya,trg)"..
konon2 nak "pukul" gambo la.. leh tunjuk aksi & cara ja..tapi tak pandai lagi nak "pukul"nya... *_*

* Suka sangat selongkar purse mama & wallet baba...
kadang2 kalau saya menangis mamababa akan bagi purse mama @ wallet baba, terus saya akan diam.. tapi kenapa ye saya suka main purse mama @ wallet baba?? hihi.... bila dah ada di tangan saya, saya akan keluar & selerakkan apa yang ada dalam purse mama ....

*Suka panjat segala apa yang ada di sekeliling yang boleh panjat..
tapi yang paling saya suka panjat memanjat adalah katil,tangga & rak tv.. di teratak baru ni ada rak TV & katil ja.. so mamababa letih la nak kepong saya supaya tak boleh panjat rak tu... mamababa saya heran, sofa yang ada trang tang tang tu tak plak saya panjat memanjat.. kata mama, sib baik teratak baru ni tak dak tangga..kalau tidak, poning mamababa dibuatnya...huhu

* Suka menulis...
Konon2nya nak menulis la macamana saya tengok mamababa tulis.. mama dah belikan saya board yang leh tulis & padam tu.. di samping tu mama juga ajar saya pegang pen yang betul dan cara menulis.. so pantang saya jumpa pen dan kertas je saya akan menulis..konon
je la sbb tak keluar dakwat pun sebab saya pegang pen pun tak betul lagi..kihkih


* Suka dengan binatang2 yang jinak.. ikan ke, kucing ke @ apa2 binatang yang saya nampak..
Saya ni pantang tengok kucing... hehe.. rasa nak kejar2 ja kucing tu.. sekarang ni baba bela ikan, so selalula saya menziarahi "zoo ikan" baba tu... *_*


* Suka senyum..
yeahhh... saya suka sangat senyum @ gelak... thahla hati rasa tenang ja boleh sedekahkan senyuman pada sesiapa saja yang saya jumpa.... T___T

Haaa.... panjang lebar cerita tentang hobi saya ni kan...
oklah sampai di sini dulu... mata saya pun dah ngantuk ni... bye bye..
good nite!!!

Sunday, July 17, 2011

:: Selamat tinggal Terengganu ::

Assalamualaikum... moga semuanya sihat2 sahaja & senyum sokmo!!

Huhhh Alhamdulillah... secara rasminya saya,mamababa dah pindah dari Terengganu.. kenape saya berkata sedemikian?? kerana... semalam Ahad 17072011 saya,mamababa,cikmat,ciklah & pokcik2 lori sudah selesai memunggah,mengangkat & mengangkut semua barang2 milik abadi kami yang terperap di KIPSS hampir sebulan tanpa tuan di sisi... dan sekarang barang2 itu telah menyemakkan teratak kami di presint 9... sian mamababa nak kena mengemas plak... sabar ye mamababa.. itulah lumrah sebuah kehidupan.. kerja yang pasti tidak akan abis..

Jutaan terima kasih buat cikmat & ciklah yang banyak membantu mamababa.. jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya..
Juga sekalung penghargaan & terima kasih yang tidak terhingga buat acik linda sekeluarga atas jasa baik sudi menerima kami sebagai tetamu & membenarkan kami bermalam di istana yang cukup selesa.. tak cukup dengan itu, acik linda menyusahkan diri memasak & menghidangkan kami nasi ayam yang besttt.... juga membekalkan kami bekalan utk sepanjang perjalanan.. sungguh indah budi pekertimu .. jasamu akan kami kenang selalu.. moga Allah sentiasa memurahkan rezeki yang halal untuk acik linda menjadi JUTAWAN sepanjang hayat..


Hari ni saya kembali ke taska, mama ke sekolah & baba bercuti mengemas rumah bersama2 cikmat & ciklah...
ok.. mohon mengundur diri... salam permisi.. jumpa lagi...
Assalamualaikum...