CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

CintaHati MamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

CintaHatiMamaBaba

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 27, 2011

:: Hari-hari terakhir @ Dua Kosong Satu Satu ;;

Bismillahirahmanirrahim....
semoga semuanya sihat dan dirahmati Allah selalu..
Lama benar tidak mengupdate blog...
kini kita hampir menghampiri penghujung 2011...
pelbagai kenangan n peristiwa suka n duka dilalui sepanjang thn ini..
semoga segala yang kita telah lakukan mndapat barakah n rahmat darinya, moga terampun segala dosa2....

2812201
Anakanda mamababa menjejakkan kaki ke nurseri baru @ cendekiawan educare p9...
harap2nya anakanda mamababa serasi di sana dan dapat menimba ilmu yang lebih lagi dari guru2 cendekiawan educare..

30122011
Semalam mamababa sempat bawa Ishraqi jalan2 di i-city Shah Alam... hajat nak masuk snowalk tak kesampaian coz ibu hamil & kanak2 di bawah usia 3 tahun tak dibernarkan masuk ..
so jalan2 je la & bawa ishraqi main kt tempat kanak2 tu jer...
yang pasti rasa macam serik dah nak g pulak..
kaki lenguh yang amat coz parking sangat lah jauh ..
manusia serata alam jejak kaki ke sana sempena "karnival sayangi Selangor"..
tempat & lampu2nya sangat lah cun...





31122011
InsyaAllah harini tak ke mana..di rumah saja merehatkan badan yang keletihan...
InsyaAllah esok 01012012 akan bawa Ishraqi ke KLCC tapi bukan dgn kereta sebaliknya dengan pengangkutan awam ERL & LRT .. saje jenjalan sementara masih lagi bercuti ni..
Semoga semuanya selamat & mendapat rahmay dariNya...

Sunday, September 4, 2011

:: Hadiah Ramadhan & anniversary yg ke 5 ::

Assalamualaikum & Salam Lebaran buat semua... semoga Aidilfitri kali ini memberi 1001 kenangan & kemenangan utk kita, dan semoga kita terus dipanjangkan usia untuk menjadi tetamu Ramadhan akan datang..InsyaAllah...



2 SEPTEMBER 2011

Genaplah 5 tahun usia perkahwinan baba&mama ... cepatnya masa berlalu... Ishraqi pun sudah mencecah 1 tahun 4 bulan & Ishraqi sentiasa mendoakan kesejahteraan mamababa.. semoga keluarga kita terus diberi rahmah & kasih sayang yang berpanjangan & berkekalan dari Yang Maha Penyayang ... dan moga terus kekal hingga ke syurga..aminn..



Mamababa tentu masih ingat kenangan & hadiah serta nikmat yang paling terindah & berharga ketika sambutan ulangtahun perkahwinan yang ke 3 (02092009) dulu kan... esoknya, 03092009 mama disahkan hamil 5minggu setelah 3 tahun menunggu .. MasyaAllah Subhanallah hanya Dia yang tahu betapa gembiranya mamababa saat itu apabila hadirnya Ishraqi di dalam rahim mama kan..



2 tahun kemudian .... 2011



Sambutan ulangtahun yang ke 5 ni mengingatkan kembali mamababa pada kenangan lalu .. betapa Allah itu Maha Kaya & Maha Mendengar setiap doa & permintaan hambanya...

Sekali lagi mamababa dianugerahkan nikmat & hadiah yang sangat berharga sempena ulangtahun yang ke 5 ini seperti 2 tahun lepas...



Allahuakbar!!! MasyaAllah tiada kata yang dapat mamababa lafazkan kecuali Alhamdulillah dan syukur atas kurnianNya...Semoga dengan kurniaan nikmat ini akan lebih mendekatkan mamababa serta Ishraqi dengan Yang Maha Perkasa... apa2pun masih terlalu awal & harapan tetap sama, semoga "adik" Ishraqi membesar dengan sihat, sempurna & selamat hingga akhirnya ..



"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam".



"Ya Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang... ampunkanlah segala dosa2 kami selama mana hayat kami ini Ya Rabb..

Ya Allah Yang Maha Kaya... Syukur yang tidak terhingga atas setiap nikmatMu untuk kami kecapinya siang & malam.. walaupun kadangkala kami ini sentiasa lalai denganMu..Engkau tetap menganugerahkan segala nikmat buat kami ya Allah...

Ya Allah Yang Maha Agung , Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu Kau peliharalah setiap nikmat yang Engkau berikan kepada kami ini.. Lindungilah kami & jauhilah kami dari azab api neraka"



Saturday, July 30, 2011

:: Selamat menunaikan Ibadah Puasa ::

Assalamualaikum dan salam ramadhan kareem...
Lagi sehari kita akan menyambut bulan yang mulia, bulan yang hadirnya ditunggu2 & pemergiannya ditangisi...
Semoga kita semua dipanjangkan umur & dapat melalui Ramadhan 1432h ini dengan jayanya...
Ya Allah panjangkanlah umur kami... semoga Ramadhan kali ini akan memberikan keinsafan bagi kami agar dapat dan terus meningkatkan amal ibadah kami keranaMu Ya Rabb...

Buat semua muslimin & muslimat ...
diucapkan...
SELAMAT BERPUASA & SELAMAT BERTARAWIH


Thursday, July 21, 2011

:: Ishraqi & hobi-hobi ::

Assalamualaikum... selamat malam buat semua, moga nikmat kesihatan yang dianugerahkan ini dapat kita kecapi hingga akhirnya.. aminn...

Entry saya untuk kali ini just nak berkongsi hobi saya & sekadar memahatkan ia di sini...mungkin suatu hari nanti,bila dah besar dan sekiranya blog ini masih wujud,bolehlah saya mengimbau kembali sejarah kehidupan saya di zaman kanak2 ni kan..hihi.. mesti lucu ja bila diingat kembali..
Saya ni masih kekanak yang bakal menjangkau usia 1 tahun 3 bulan pada 29 Julai nanti.. so sekarang ni saya suka tiru je apa yang saya nampak didepan mata.. ni kira hobi la kan.. sebab pantang je ada saya akan buat...
okeh... di bawah ni saya selitkan hobi2 saya bersama2 bukti yang ada..hihi...

* Suka tiru cara baba jalan...
Awal2 dulu saya selalu tengok baba jalan tangan letak belakang, pastu apa lagi saya tiru la.. rasa macam bos je jalan macam ni kan.. hihi...

* Suka tolong mama menyapu sampah..
pantang nampak penyapu & penyodok, saya akan buat macamana saya nampak mama saya buat..
.

* Suka tiru hobi mama... "pukul gambo (kata org negeri kelahiran saya,trg)"..
konon2 nak "pukul" gambo la.. leh tunjuk aksi & cara ja..tapi tak pandai lagi nak "pukul"nya... *_*

* Suka sangat selongkar purse mama & wallet baba...
kadang2 kalau saya menangis mamababa akan bagi purse mama @ wallet baba, terus saya akan diam.. tapi kenapa ye saya suka main purse mama @ wallet baba?? hihi.... bila dah ada di tangan saya, saya akan keluar & selerakkan apa yang ada dalam purse mama ....

*Suka panjat segala apa yang ada di sekeliling yang boleh panjat..
tapi yang paling saya suka panjat memanjat adalah katil,tangga & rak tv.. di teratak baru ni ada rak TV & katil ja.. so mamababa letih la nak kepong saya supaya tak boleh panjat rak tu... mamababa saya heran, sofa yang ada trang tang tang tu tak plak saya panjat memanjat.. kata mama, sib baik teratak baru ni tak dak tangga..kalau tidak, poning mamababa dibuatnya...huhu

* Suka menulis...
Konon2nya nak menulis la macamana saya tengok mamababa tulis.. mama dah belikan saya board yang leh tulis & padam tu.. di samping tu mama juga ajar saya pegang pen yang betul dan cara menulis.. so pantang saya jumpa pen dan kertas je saya akan menulis..konon
je la sbb tak keluar dakwat pun sebab saya pegang pen pun tak betul lagi..kihkih


* Suka dengan binatang2 yang jinak.. ikan ke, kucing ke @ apa2 binatang yang saya nampak..
Saya ni pantang tengok kucing... hehe.. rasa nak kejar2 ja kucing tu.. sekarang ni baba bela ikan, so selalula saya menziarahi "zoo ikan" baba tu... *_*


* Suka senyum..
yeahhh... saya suka sangat senyum @ gelak... thahla hati rasa tenang ja boleh sedekahkan senyuman pada sesiapa saja yang saya jumpa.... T___T

Haaa.... panjang lebar cerita tentang hobi saya ni kan...
oklah sampai di sini dulu... mata saya pun dah ngantuk ni... bye bye..
good nite!!!

Sunday, July 17, 2011

:: Selamat tinggal Terengganu ::

Assalamualaikum... moga semuanya sihat2 sahaja & senyum sokmo!!

Huhhh Alhamdulillah... secara rasminya saya,mamababa dah pindah dari Terengganu.. kenape saya berkata sedemikian?? kerana... semalam Ahad 17072011 saya,mamababa,cikmat,ciklah & pokcik2 lori sudah selesai memunggah,mengangkat & mengangkut semua barang2 milik abadi kami yang terperap di KIPSS hampir sebulan tanpa tuan di sisi... dan sekarang barang2 itu telah menyemakkan teratak kami di presint 9... sian mamababa nak kena mengemas plak... sabar ye mamababa.. itulah lumrah sebuah kehidupan.. kerja yang pasti tidak akan abis..

Jutaan terima kasih buat cikmat & ciklah yang banyak membantu mamababa.. jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya..
Juga sekalung penghargaan & terima kasih yang tidak terhingga buat acik linda sekeluarga atas jasa baik sudi menerima kami sebagai tetamu & membenarkan kami bermalam di istana yang cukup selesa.. tak cukup dengan itu, acik linda menyusahkan diri memasak & menghidangkan kami nasi ayam yang besttt.... juga membekalkan kami bekalan utk sepanjang perjalanan.. sungguh indah budi pekertimu .. jasamu akan kami kenang selalu.. moga Allah sentiasa memurahkan rezeki yang halal untuk acik linda menjadi JUTAWAN sepanjang hayat..


Hari ni saya kembali ke taska, mama ke sekolah & baba bercuti mengemas rumah bersama2 cikmat & ciklah...
ok.. mohon mengundur diri... salam permisi.. jumpa lagi...
Assalamualaikum...

Thursday, July 14, 2011

:: Hobi saya *_* ::

Salam pagi Jumaat buat semua... didoakan moga semuanya sihat2 & senyum sokmo!!

Kalau di Terengganu dulu,pepagi macam ni saya akan berjalan & bersiar2 menghayati serta menikmati indahnya ciptaan Tuhan di tepi pantai bersama mamababa kerana itu adalah hobi mamababa..mama sangat sukakan pantai..kata mama, tenang je bila melihat indahnya pantai ciptaanNya.... kebiasaannya Pantai Batu Burok destinasi saya menghabiskan masa bersama mamababa.. lepas bersiar2, berjalan2, bermain2 pasir di tepi pantai, mamababa akan bawa saya ke taman permainan yang berdekatan pantai tersebut...owwhhhh indahnya saat itu... sekarang segalanya sudah berubah sebab hari Jumaat di sini adalah hari bekerja... so seperti biasa saya akan dihantar ke nurseri oleh mamababa.. terima kasih Ya Allah atas peluang yang Engkau berikan kepada kami walaupun hanya sekejap cuma...

Berbalik pada tajuk entry saya kali ini... "HOBI SAYA" ...
Kata orang : " apa yang mamababa buat @ lakukan sedikit sebanyak akan turun kepada anaknya" ... so mamababa kena la sentiasa berakhlak mulia, bersikap positif ,berperangai baik & segala2nya mestila baik kan.. sebab Ishraqi akan ikut semua perangai mamababa tau... hihi ...
Seperti yang semua sedia maklum, hobi mamababa saya memang la suka bergambar & mengambil gambar... seperti yang saya maklumkan entry lepas... kalau dulu sebelum lahirnya saya, mereka sendiri yang menjadi model tapi sejak kehadiran saya .. maka saya lah yang menjadi model mamababa..... *_*
DAN
Sekarang ni pantang jumpa kamera je inilah reaksi & tindakan saya... dah jadi macam mamababa kan kan kan...

* 1 2 3 senyummmmmm .... semua sebut ssssssss...

* owhh tak center... kiri sikit, kiri sikit... @_@ ....

* Adusss.. beratnya kamera mamababa ni..patahla hidung Ishraqi...

Yeahh.. nampaknya hobi mamababa dah hampir sebati dalam diri saya..
hihi..
Ok wallahua'lam... jumpa lagi di lain entry...ilalliqa'...

Wednesday, July 13, 2011

:: Ishraqi & Floria 2011 ::

Selamat petang buat semua & assalamualaikum..


Semoga Allah panjangkan umur saya, mama, baba, tok, tokwan dan semua.. dan moga dengan nikmat umur ini dapat saya membesar & berbakti pada mamababa serta menjadi hamba yang taat padaNya...
Cerita hujung minggu lepas :

Ahad 10 Julai 2011 - Mamababa bawa saya ke Festival Bunga & Taman di Presint 2 yang berlangsung selama seminggu :


Tarikh : 09 - 17 Julai 2011


9.00 pagi - 10.00 malam (Isnin - Jumaat)



9.00 pagi - 12.00 malam (sabtu & Ahad)



Tempat : Presint 2 (tapak pasar malam bersebelahan tasik & Monumen Alaf baru)


Subahanallah sangatlah cantik ciptaanNya... pujian hanya layak untukNya... Sepanjang 14 bulan saya di muka bumi ini, saya hanya pernah tengok bunga2 biasa di tepi jalan & taman2.. tapi kali ni saya berpeluang melihat berbagai jenis tumbuhan terutamanya bunga2 yang bermacam2 jenis dan teramatlah cantik yang mustahil bagi kita untuk membuat & menciptakan seperti itu kecuali Yang Maha Esa... Maha Hebat Dia... Subahanallah...


Kekadang mamababa biarkan saya bebas berjalan menikmati indahnya ciptaan Yang Maha Agung.. kekadang tangan saya mencapai bunga2 itu ..cantiknya rasa macam nak makan.. hihi ..(sbb hobi saya mmg suka masuk benda dlm mulut... hihi )


Dengan kelebihan yang ada pada mamababa yang hobinya suka bergambar... maka sangatlah bertuah diri ini sbb dapat merakamkan ratusan gambar sebagai kenangan "Ishraqi & Floria 2011" ... kalau dulu sebelum lahirnya saya, mamababa adalah model utk hobi mereka.. tapi sejak kehadiran saya.. maka sayalah model mamababa & hobi itu mungkin akan sebati dalam diri saya...


Untuk akhirnya, ingin saya mengabadikan foto kenangan itu di sini & selebihnya boleh klik di Ishraqi & Floria 2011 :







Sekian cerita hari ini & shukran mamababa bawa Ishraqi jalan2... Wallahua'lam...